ikan rebus asam picit

Kadang-kadang lauk simple pun boleh buat kita rasa puas hati. Contohnya resipi ikan rebus asam picit ini. Ikan rebus dicurah dengan kuah air asam yang pedas, masam, masin dan berbau harum belacan bakar, terus rasa nak tambah nasi dua tiga pinggan!

Yang menariknya, hidangan ini sangat mudah disediakan dan bahan-bahan pun ringkas saja. Tak perlu menumis, tak perlu guna banyak minyak. Tapi rasanya tetap sedap meletup!

Kalau tengah malas masak lauk berat atau dah bosan dengan kari dan gulai, bolehlah cuba menu ni. Jom tengok cara nak buat ikan rebus asam picit ini di bawah. Resipi yang ringkas, tapi hasilnya luar biasa!

Baca juga: Rahsia Ikan Siakap Stim Sedap & Tak Hanyir, Rasa Sama Macam Makan Dekat Kedai Siam!

RESEPI IKAN REBUS ASAM PICIT

ikan rebus asam picit

Bahan-bahan:

  • 6-7 batang cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • Sedikit belacan yang telah dibakar
  • Asam jawa (dibancuh dengan sedikit air suam)
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Ikan rebus (direbus dengan asam keping dan sedikit garam untuk hilangkan hanyir)
  • Tomato (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris
  • Ulam-ulaman (seperti bendi, direbus terlebih dahulu)

Cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk, campurkan cili padi yang telah dipatah-patahkan, belacan bakar, air asam jawa, sedikit gula, garam dan serbuk perasa.
  2. Gaul rata semua bahan hingga sebati. Tambahkan air suam sedikit demi sedikit, jangan terlalu banyak supaya kuah tidak terlalu cair.
  3. Susun ikan rebus (rebus dengan asam keping dan garam) dalam pinggan, beserta hirisan bawang merah, tomato dan ulam-ulaman seperti bendi yang telah direbus.
  4. Kemudian tuangkan campuran asam picit tadi ke atas ikan.
  5. Sedia untuk dihidangkan! Bila nak makan, gaul-gaulkan sekali semua bahan di atas ikan. Perghh, memang padu rasa bila gigit bawang, tomato dan ikan.

Sumber: Farahatika

Baca juga: Resipi Ikan Sambal Minang, Masak Guna Cara Ini Boleh Tahan Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN