Hari ini kami ingin kongsikan tip bubur pulut hitam yang sangat sedap dan lebih tahan lama. Kadang, baru sahaja masak sudah basi dek kerana santan yang digunakan.
Boleh lah anda hidangkan kepada keluarga serta kawan-kawan yang datang berkunjung ke rumah.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti:
Baca juga: Bubur Pulut Hitam Resipi Mudah, Nikmat Rasa Manis Berlemak
TIP BUBUR PULUT HITAM SEDAP
1. Guna Periuk Khas
Gunakan periuk khas yang tidak pernah digunakan untuk memasak lauk-pauk atau haiwan. Periuk ini khas untuk memasak menu seperti pengat, bubur, dan nasi. Periuk yang bersih dan tidak tercemar dengan lemak haiwan akan memastikan rasa makanan lebih asli dan enak.
2. Pilih Gula Nira atau Gula Melaka Asli
Gunakan gula nira atau gula melaka asli dan elakkan mencampurkan dengan gula pasir. Gula pasir mempunyai rasa manis yang tajam di tekak dan tidak memberikan rasa yang enak seperti gula nira atau gula melaka.
3. Rendam Kacang Hijau atau Pulut Hitam
Rendam kacang hijau atau pulut hitam sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dimasak. Selepas direndam, buang air rendaman dan gantikan dengan air baru sebelum dididihkan. Jika pulut hitam tidak direndam dengan cukup, ia akan pecah dan hasilnya tidak cantik.
4. Campuran Santan dan Susu Cair
Gunakan separuh santan dan separuh susu cair untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Jika menggunakan sekotak santan, tambahkan setin susu cair. Santan sepenuhnya boleh membuatkan hidangan terlalu pekat dan berminyak, manakala campuran dengan susu cair memberikan keseimbangan yang enak.
5. Ketahanan Santan Kotak
Jika menggunakan santan kotak, ia lebih lambat basi. Panaskan selalu dan hidangan boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Pastikan anda menggunakan santan, bukan krim kelapa.
6. Masukkan Biji Sagu untuk Kuah Pekat
Jika mahukan kuah yang lebih pekat, masukkan biji sagu ketika kacang atau pulut sudah separuh masak. Biji sagu mengambil masa yang lama untuk masak, jadi pastikan ia dimasukkan pada waktu yang sesuai.
7. Masukkan Santan dan Susu Cair di Akhir
Masukkan santan dan susu cair hanya apabila kacang atau pulut telah masak. Selepas santan dimasukkan, kacau dengan kerap sehingga betul-betul mendidih. Ini penting untuk memastikan santan tidak pecah dan hidangan tahan lebih lama. Selepas menutup api, jangan terus tinggalkan periuk. Kacau lagi sehingga agak-agak sudah tidak panas sangat untuk mengelakkan santan pecah dan berbiji.
Dengan mengikuti tips-tips ini, anda boleh menyediakan bubur dan pengat yang sedap dan tahan lama untuk dinikmati bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Cikgu Bibi
Baca juga: Cara Buat Pes Asam Jawa Dengan 2 Bahan, Senang Tak Perlu Buang Biji Lagi
Related Posts
Resipi Popular
Sandwich Goreng Yam, Menu Ringkas, Sedap Dan Mengenyangkan
Nak Diet & Kempiskan Perut? Jom Cuba Resepi Air Rebusan Epal Hijau & Serai Ini, Sangat Mudah!
Puff Inti Kastard Campur Kaya, ‘Creamy’ Macam Aiskrim Vanilla. Lazatnya!
Resipi Durian Mille Crepe, Pencuci Mulut Kayangan Boleh Buat Sendiri Je!
Resipi ‘Laksa Express’ Guna Sardin Tin, Sekejap Je Dah Siap Masak
Artikel Popular
Tip Hilangkan Kesan Kuning Dalam Blender, Guna 3 Bahan Ini Masa Cuci
‘Not My Level’- Baru Episod 1, Sheila Rusly Dah ‘Naik Angin’ Dengan Masakan Peserta Dapur Tempur?
Kuih Bom Bijan Labu Inti Kacang Hijau, Kekal Bulat Lepas Digoreng
Sambal Ikan Bilis Rangup Guna 3 Bahan, Sedap Sampai Sorok Tak Nak Kongsi!
Rahsia Daun Bawang Yang Ramai Tak Tahu, Banyak Manfaatnya Tau!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!