roti cheezy balut telur

Breakfast tak tahu nak makan apa? Jom masak mudah-mudah je seperti Roti Cheezy Balut Telur ni. Senang sangat caranya. Siap ada lapisan cheese di tengah yang membuatkan sarapan pagi anda lebih fancy tapi sebenarnya sangat simple dan sedap!  Jom kita cuba dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Har Ryea di bawah.

Baca juga: Roti Asyik Tak Habis, Buat Roti Telur Berhantu Macam Ni Confirm Laku!

CARA BUAT ROTI CHEEZY BALUT TELUR

Bahan-bahan:

  • Telur 2 biji
  • Roti 2 keping
  • 2 keping cheese
  • Sedikit lada sulah (jika suka)

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit lada sulah dan pukul rata.

    roti cheezy balut telur

  2. Kemudian dadarkan telur dalam kuali leper.

  3. Letakkan 2 keping cheese di atas telur tadi.

    roti cheezy balut telur

  4. Kemudian letakkan roti di atas cheese.

  5. Untuk melipatnya, mula-mula lipat telur dadar dari tepi kuali dan tutup roti serta cheese.

    roti cheezy balut telur

  6. Terbalikkan dan masak sekejap.

  7. Siap dan boleh diangkat!

  8. Potong dan makan panas-panas, selamat mencuba!

    roti cheezy balut telur

Kredit: Har Ryea

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN