Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia, setiap hari, setiap masa, tidak kira di mana jua. Nasi adalah makanan utama yang ada disetiap gerai-gerai atau barisan hotel mewah.
Hidangan ini mempunyai kepelbagaian budaya, dari kaum Melayu, Cina atau India semuanya menikm4tinasi sebagai sebuah hidangan yang wajib ada di atas meja makan.
Kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai mas4lah jika makan menggunakan tangan kerana sudah menjadi satu adab dan kebiasaan yang selalu dipraktikkan dari kecil.
Baca juga: Mat Salleh Jual Nasi Lemak RM3 Ini Kongsi Petua Masak Sambal Sedap
Namun, mungkin agak sukar bagi warganegara asing yang ingin mencuba hidangan tersebut apabila bercuti di negara ini.
Menerusi satu perkongsian dilaman ig, sekumpulan pelancong as1ng difahamkan ingin mencuba makan nasi menggunakan tangan. Apa yang lebih menarik apabila kawannya cuba untuk mengajar tapi diri sendiri masih kekok untuk menyuap ke mulutnya.
Video:
Bila dia dah pandai makan guna tangan & cuba nak ajar kawan-kawan lain makan guna tangan. Aduhai.. tergelak tengok. Yang mengajar pun 2×5. Apapun terbaik!
Rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi pelancong ini yang ingin mencuba makan nasi menggunakan tangan. Apapun terbaik buat mereka kerana ingin belajar sesuatu yang baru.
Komen Netizen:
Tinjauan MyResipi menerusi perkongsian video ini mendapat tontonan sebanyak 77.3k dan lebih 2.1k tanda suka. Min pun terhibur huhuhu