mat saleh

Ingat lagi tak dua tahun lepas viral Mat Salleh jual nasi lemak RM3 dan sold out selepas 2 jam jualan?

Hah, kali ini beliau tak kedekut ilmu untuk kongsi petua cara nak masak sambal tu lagi sedap tau!

Macam yang kita tahu, nasi lemak merupakan hidangan yang sangat ikonik dari Malaysia.

Turut menjadi kegilaan pelancong yang datang ke Malaysia termasuk jejaka dari US ini sehingga sanggup belajar buat nasi lemak dan menjual di sini.

Kongsi Tips Masak Sambal Supaya Lebih Sedap Lepas Laku Keras Jual Kat Sekolah

Dikenali sebagai Michael White, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita Malaysia, dia telah berhijrah ke sini sambil membuka sebuah restoran.

White mula mendapat idea untuk menjual Nasi Lemak ketika restorannya sedang diubah suai. Memakan waktu beberapa bulan dan ingin mengisi waktu yang lapang, dia telah tergerak untuk menjual hidangan popular itu dengan membuka sebuah gerai kecil di hadapan pintu masuk TTDI Park, Kuala Lumpur.

Ini Teknik Masak Sambal Sedap

White tidak keberatan untuk kongsi rahsia menyediakan sambal nasi lemak yang cukup enak. Menurutnya, selain ramuan yang digunakan, teknik juga memainkan peranan yang penting.

 

 

Menggunakan air panas untuk merendam cili kering, White kemudian menasihatkan untuk simpankan air tersebut untuk diguna kemudian

Selalunya orang ramai akan membuang air itu tapi ia boleh digunakan bagi menyedapkan lagi sambal.

Selepas itu, dia juga turut kongsikan bahawa dia turut menambahkan dua rempah ekstra tapi hal itu dirahsiakan.

Nasi Lemak ini sungguh unik dan sedap. Tak sangka Mat Salleh pun dapat menjualnya sehingga laku keras sebegitu. Dua jam pun terus habis, agaknya memang sedap dan mempunyai rasa yang autentik.

Agak-agak apa lagi 2 bahan esktra yang dia kata rahsia tu? Jeng jeng jeng


Sumber: Massesmy

Baca juga: Wanita Kongsi Rahsia Warna Sambal Nasi Lemak Gelap & Tak Cair, Boleh ‘Cubit’ Bila Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN