telur pindang

Adakah anda pernah dengar tentang Telur Pindang, makanan tradisi yang cukup popular dari Johor? Kita boleh jumpa makanan ini sewaktu kenduri kahwin orang Melayu di Johor saja.

Telur Pindang merupakan telur ayam yang direbus dalam air herba selama beberapa hari. Apa yang menarik tentangnya adalah ia boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih.

Biasanya ia dimasak selama 3 hari, tapi buat anda yang nakkan cara yang cepat dan mudah, anda boleh cuba resipi daripada Cik Yah yang dikongsikan di Facebook ini.

Walaupun cuma rebus selama 2 jam, rasa Telur Pindang itu tetap ada. Jom cuba!

Baca juga: Telur Kicap Korean Style (Korean Marinated Eggs), Ini Resipi Yang Boleh Dicuba

RESIPI TELUR PINDANG

telur pindang

Bahan-bahan:

  • 1 papan telur (dibasuh bersih dan ketepikan)
  • 1 genggam cili kering (dibiarkan panjang)
  • 5 batang serai (termasuk tangkai yang panjang, dipotong panjang-panjang)
  • 10 biji bawang merah (guna warna kulit yang pekat, dihiris tebal)
  • 20 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1 senduk nasi jintan manis
  • 6 inci halia (saiz besar, dipotong kasar)
  • 1 senduk nasi ketumbar
  • 1 senduk nasi jintan putih
  • 6 inci lengkuas (saiz besar, dipotong kasar)
  • 1 senduk nasi kicap pekat
  • 1 senduk nasi penuh garam kasar

Cara-cara:

1. Ambil periuk bersaiz besar yang boleh muat bahan bersama telur, kemudian susun semua bahan kecuali telur.

2. Bila semua sudah dimasukkan, barulah susun telur di atas bahan, kemudian isi air paras atas telur.

3. Pasang api yang paling kecil dan biarkan dalam masa 2 jam, kemudian baru tutup api.

telur pindang

4. Setelah itu biarkan telur, jangan dikeluarkan dulu supaya rempah ratus meresap ke dalam telur. Siap!

Manalah tahu ada yang belum pernah cuba makan Telur Pindang tapi teringin, bolehlah cuba resipi ini. Cepat dan mudah, tak payah tunggu lama-lama untuk menikmatinya.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Yah

Baca juga: Resipi Telur Pindang Johor, Selalu Jumpa Masa Pergi Kenduri Kahwin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN