telur masak kicap

Telur Masak Kicap ini sangat enak dimakan dengan nasi putih. Ia juga sangat sesuai dijadikan juadah sahur. Bila tengok bahan utamanya cuma menggunakan telur goreng dan kicap yang ada dirumah, tapi keenakannya buat anda menjilat jari.

Dalam resipi ini telur akan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dalam kuah kicap. Tujuan goreng telur adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.

Baca juga: Sup Cendawan Berkrim, Sedap Dimakan Bersama Garlic Bread Untuk Juadah Sahur 

Telur goreng ni makan kosong macam tu pun dah sedap. Tapi, nak lagi sedap buatkan ia berkuah kicap. Memang nikmat!

Resipi ini juga menggunakan cili padi dan dicampurkan dalam kuah kicap. Ditambah pula dengan bawang merah yang ditumis memang terangkat dibuatnya.

Jom follow resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar ni. Cara penyediaannya yang mudah pasti buat anda terasa nak mencubanya.


RESIPI TELUR MASAK KICAP

bahan telur masak kicap

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur ayam – goreng dan ketepikan
  • 4 ulas bwg putih – hiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu serbuk rempah kurma
  • Kicap manis
  • Sedikit air
  • 1 labu bawang besar – dipotong bulat
  • 4 biji cili api – dihiris nipis
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali dan goreng telur mata separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api. Biarkan hingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar dan serbuk rempah kurma, kacau rata dan biarkan sehingga terbit minyak.

4. Masukkan kicap, sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sebentar dan tutup api.

5. Tuangkan kuah kicap tadi ke atas telur mata tadi. Dah siap!

telur masak kicap


Siap! Nampak betul-betul sedap la resipi ni. Hasil perkongsian resipi baru ni ramai yang memberi komen positif dan mahu mencubanya.

Tak cuba maka tak tahu keenakannya. Rasanya kalau anda yang nak tukar telur goreng ni kepada telur rebus pun sedap juga.

Semoga resipi telur masak kicap ini memberi manfaat buat anda semua.

Selamat mencuba!

Baca juga: Sambal Tumis Telur Pecah, Resipi ‘Lejen’ Untuk Selera Sahur 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN