Categories: Kesihatan

Teh Oolong Jadi Minuman Popular Ketika Diet, Ramai ‘Approved’ Kurang Craving Manis & Badan Ringan

Teh oolong kini semakin popular dalam kalangan mereka yang sedang berdiet dan menjaga berat badan. Di media sosial, ramai mula berkongsi pengalaman mengamalkan minuman ini setiap hari kerana dikatakan membantu mengurangkan craving makanan manis, membuatkan badan terasa lebih ringan dan perut kurang rasa bloated.

Malah, ada juga yang mendakwa minuman ini membantu mereka lebih mudah mengawal selera makan sepanjang hari apabila diamalkan secara konsisten.

Perkongsian seorang pengguna Threads, theotherjourneyyyy turut mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi rutin minum teh oolong dua kali sehari ketika dalam proses menurunkan berat badan.

Menurutnya, minuman tersebut menjadi antara rutin wajib setiap hari kerana membantu badan terasa lebih segar dan kurang rasa lapar.

“Take my advice… minum oolong tea 2x setiap hari kalau nak cepat kurus. Metabolism memang laju walaupun tengah duduk rehat.”

Katanya lagi, selepas konsisten mengamalkannya, dia mula kurang mengidam makanan manis dan lebih mudah mengawal pemakanan harian.

Baca juga: Bayam Rebus Viral Cicah Sos Sukiya, Menu Diet Mudah Buat Ramai Teruja Nak Cuba

APA ITU TEH OOLONG?

Teh oolong ialah sejenis teh tradisional yang berasal dari China dan dihasilkan daripada daun teh yang melalui proses pengoksidaan separa.

Disebabkan proses tersebut, rasanya berada di tengah-tengah antara teh hijau dan teh hitam. Aromanya lebih wangi, rasanya lebih lembut dan nyaman diminum sama ada panas ataupun sejuk.

Selain itu, teh oolong juga mengandungi antioksidan serta sedikit kafein yang membantu badan rasa lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.

Tidak hairanlah sekarang semakin ramai memilih minuman ini sebagai pilihan harian terutama ketika sedang berdiet.

Cara Buat Teh Oolong Sedap & Tak Pahit

Kalau nak cuba sendiri di rumah, ini cara paling mudah untuk bancuh minuman ini supaya rasanya lebih sedap dan tidak terlalu pahit.

Bahan-bahan:

  • 1 uncang teh oolong atau 1 sudu kecil daun teh
  • 250ml air panas
  • Madu secukup rasa (optional)
  • Hirisan lemon (optional)

Cara-cara penyediaan:

1.Panaskan air hingga hampir mendidih.

2. Masukkan teh ke dalam cawan atau teko.

3. Tuang air panas dan biarkan selama 3 hingga 5 minit.

4. Tapis daun teh jika menggunakan daun teh.

5. Tambahkan madu atau lemon mengikut citarasa.

6. Sedia untuk diminum..

Kalau suka minuman sejuk, boleh juga jadikan iced tea tanpa gula untuk rasa lebih menyegarkan.

Waktu Terbaik Minum Teh Oolong

Ramai yang mengamalkan teh oolong pada beberapa waktu tertentu bagi membantu mengawal selera makan dan craving manis.

Antara waktu yang sering menjadi pilihan ialah:

  • Selepas sarapan
  • Waktu petang ketika mula lapar
  • Sebelum bersenam
  • Selepas makan berat

Namun begitu, elakkan minum terlalu lewat malam kerana kandungan kafein dalam minuman ini mungkin mengganggu tidur bagi sesetengah individu.

Teh Oolong Jadi Alternatif Minuman Kurang Gula

Bagi mereka yang sedang cuba mengurangkan pengambilan gula harian, teh ini boleh dijadikan alternatif minuman yang lebih baik berbanding minuman manis lain.

Jika diminum tanpa gula, minuman ini sememangnya rendah kalori dan lebih sesuai dijadikan pilihan harian ketika menjaga berat badan.

Ramai juga mendakwa mereka lebih mudah mengawal selera makan dan kurang craving makanan manis selepas konsisten minum teh ini setiap hari.

Tak hairanlah sekarang semakin ramai mula menjadikan minuman ini sebagai pilihan popular ketika diet dan menjaga bentuk badan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: theotherjourneyyyy

Baca juga: Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!

Aimi

Recent Posts

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

28 mins ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 hour ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

4 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

4 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

1 day ago