sup sayur tauhu telur

Nak buat hidangan yang ringkas dan cepat siap, boleh cuba resipi Sup Sayur Tauhu Telur ini. Tak kira kanak-kanak mahupun dewasa, semua orang boleh menikmati hidangan ini.

Gabungan rasa lembut tauhu, lemak telur dan kesegaran sayur-sayuran menjadikan Sup Sayur Tauhu Telur ini pilihan ideal untuk hidangan tengah hari atau malam.

Baru-baru ini, Fafae Mimie telah kongsikan resipi Sup Sayur Tauhu Telur di Facebook yang sangat sesuai untuk mereka yang nak diet tapi suka makan sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sup Telur Simple Dari Seorang Ayah, Air Tangan Yang Tiada Tandingnya

RESIPI SUP SAYUR TAUHU TELUR

sup sayur tauhu telur

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak masak.

2. Potong 1 tiub tauhu telur dan celup tepung jagung, kemudian masukkan dalam kuali.

3. Setelah tauhu telur sudah masak, ketepikan terlebih dahulu.

4. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia, kemudian tumis guna kuali yang sama (saya tak tambah minyak, guna baki tadi saja).

5. Selepas itu, tambah udang dan sedikit air dalam kuali.

6. Masukkan lobak merah dan sedikit air lagi, kemudian biarkan sampai ia lembut terlebih dahulu.

sup sayur tauhu telur

7. Seterusnya, masukkan brokoli, enoki, sawi dan tauhu telur tadi.

8. Akhir sekali, perasakan dengan mushroom seasoning dan serbuk lada putih. Siap untuk dihidang!

Anda boleh mengolah resipi ini dengan menukar sayur lain seperti kubis, bayam, kangkung dan sebagainya. Oleh kerana cara memasaknya sangat mudah, ia patut dijadikan menu wajib untuk keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Fafae Mimie

Baca juga: Resepi Sup Ayam Thai Paling Padu, Hirup Kuah Sampai Tak Toleh Kiri Kanan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN