tauhu bergedil gedempol

Menyesal juga beli tauhu bergedil di luar sebab sikit sangat intinya! Nak puaskan hati ini, jomlah buat tauhu bergedil gedempol yang confirm tak cukup satu.

Resipi tauhu bergedil ini lebih kurang dengan yang lain namun bezanya adalah saiz tauhu ini yang mampat dengan inti.

Cicah pula dengan sambal kicap, aduhai meleleh air liur penulis.

Jom baca resipi di bawah ini.

Baca juga: Resipi Bakwan Kangkung Rangup, Lagi Sedap Kalau Goreng Besar-Besar

RESIPI TAUHU BERGEDIL GEDEMPOL

Bahan-Bahan Inti Tauhu:

  • Kentang (dipotong nipis)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Daging cincang (ditumis asing)
  • Tauhu pok
  • Garam
  • Perasa
  • Daun bawang atau daun sup
  • Lada sulah

Cara Penyediaan:

1. Goreng bahan bertanda * hingga layu dan kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

2. Tumbuk bahan yang digoreng hingga lumat. Masukkan daging cincang, garam, perasa, lada sulah, dan daun bawang/daun sup. Gaul rata.

tauhu bergedil gedempol

3. Potong sedikit bahagian atas tauhu pok dan sumbat inti hingga padat.

4. Celup tauhu dalam telur yang telah dipukul dengan sedikit garam. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Sambal Kicap Berapi:

  • Cili padi hijau
  • Cili padi merah
  • Bawang putih
  • Kicap manis Jalen
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan Sambal:

1. Kisar semua bahan dan masak seketika hingga pekat.

tauhu bergedil gedempol

Hidangkan tauhu bergedil bersama sambal kicap berapi!

 

Sumber: Naddy’s Kitchen

Baca juga: Resepi Ayam Berempah Paling Pantas, Guna Cara Ini Mesti Garing Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN