tart nenas

Siapa yang tak kenal dengan Tart Nenas, kuih raya yang paling popular dan tak pernah lekang dek zaman.

Ia merupakan kuih tart yang diperbuat daripada tepung dan jem bersama inti jem nenas yang manis.

Sudah biasa bentuk gulung dan bunga, jom cuba buat Tart Nenas Bola Naga berbentuk bulat seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fitri Khairudin di Facebook ini.

Baca juga: Cara Buat Jem Tart Nenas Homemade, Simpan Dalam Peti Boleh Tahan Setahun!

RESIPI TART NENAS BOLA NAGA

tart nenas

Bahan bahan (boleh dapat 100 biji):

Cara-cara:

1. Masukkan butter, minyak sapi, susu pekat manis, kuning telur dan esen vanilla di dalam satu bekas, kemudian gaul sehingga semuanya sebati secara lembut, tapi jangan sampai kembang.

2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung yang telah diayak, kemudian gaul lagi sehingga sebati.

3. Apabila adunan sudah mula berketul, mula menguli dengan tangan untuk sebatikan adunan.

4. Pastikan adunan tak terlalu lembut atau tak terlalu keras, kemudian uli sehingga jadi doh dan tak melekat di tangan.

5. Bulat-bulatkan jem nenas 5 gram setiap satu, kemudian timbang doh 8 gram setiap biji bebola tart.

6. Gentelkan dan tekan sedikit di tengah, letakkan jem nenas dan balut kembali, kemudian bulatkan dengan kemas.

7. Sapu bebola tart dengan kuning telur yang dicampur dengan sedikit air.

8. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar untuk kali pertama dengan suhu 170ºC selama 24 minit di rak bahagian tengah.

9. Keluarkan semula dan sapu kuning telur sekali lagi.

10. Masukkan dalam ketuhar sekali lagi dan bakar buat kali kedua dengan suhu 100ºC selama 5 minit di rak bahagian atas pula. Siap!

tart nenas

Tart Nenas Bola Naga ini pasti menarik perhatian tetamu yang datang ke rumah anda pada Hari Raya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Fitri Khairudin

Baca juga: Biskut Tart Nanas Anti Gagal, Tekstur Memang Rangup Dan Cair Di Mulut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN