PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-13 04:26:16

Sebut saja pasal ayam goreng, mesti semua orang suka. Tak kiralah anak kecil atau pun yang dewasa. Sebenarnya ada macam-macam cara nak goreng ayam ni selain menggoreng dengan kunyit, kita juga boleh variasikan dengan pelbagai jenis makanan yang lain. Salah satu resepi ayam goreng yang semakin mendapat perhatian di Malaysia sudah tentulah ayam goreng pedas Korea. Jadi apa kata kita cuba resepi Ayam Goreng Korean Hot Spicy Cheese yang dikongsikan oleh Shacha Munieyra di laman Facebooknya.

Kredit: Shacha Munieyra

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Serbuk cili Babas (nak pedas lagi boleh tambah ikut citarasa sendiri)
  • Bawang putih
  • Minyak jagung
  • Lada kering (kisar)
  • Garam
  • 2 sudu madu
  • 2 sudu gula perang
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu bijan
  • 1 paket cheese (Guna cheese leleh atau mayonis)

 

Kredit: Shacha Munieyra

 

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan bawang putih, lada hitam dan sedikit halia. Semua ni ditumbuk.
  2. Perapkan selama 30 minit.
  3. Bila dah siap perap, masukkan sebiji telur.
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
  5. Kemudian, masukkan sedikit serbuk cili. (nak pedas lagi boleh tambah ikut suka hati).
  6. Kemudian goreng ayam tadi.

Kredit: Shacha Munieyra

Sambil goreng ayam, kita sediakan sos untuk ayam tadi.

  1. Tumis 4 ulas bawang putih dengan sedikit minyak jagung di kuali lain.
  2. Masukkan lada kering yang dah dikisar.
  3. Masukkan sedikit garam, 2 sudu madu, 2 sudu brown sugar, 1 sudu serbuk cili Babas2 sudu sos tomato dan 3 sudu sos cili.
  4. Kemudian masukkan 2 sudu bijan dan campurkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos tersebut.
  5. Kemudian tuangkan cheese atau mayonis dan siap untuk dihidang.

Kredit: Shacha Munieyra

Kredit: Shacha Munieyra

Kredit: Shacha Munieyra

Selamat Mencuba

Kredit: Shacha Munieyra

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN