Categories: Informasi

Jangan Makan Kalau Nampak Telur Ada ‘Berkilau Jernih’, Ini Kesannya Kalau Masuk Dalam Badan!

Pernah tak anda pecahkan telur, kemudian nampak bahagian putihnya semacam pelik, sedikit jernih berkilau atau ada warna kehijauan? Kalau nampak, tolonglah jangan sayang nak buang. Itu bukan tanda telur tu “rare”, tapi itu tanda ia telah dijangkiti Bakteria Pseudomonas.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang pengguna media sosial (azbsinabr) yang menceritakan pengalaman ngeri berdepan dengan bakteria ini. Bukan setakat dalam makanan, bakteria ini rupa-rupanya “penjenayah senyap” yang boleh merosakkan anggota badan!

Baca juga: Jangan Ingat Nampak ‘Okay’ Masih Boleh Makan, 18 Makanan Ini Wajib Buang Jika Dah Expired!

Apa Itu Bakteria Pseudomonas?

Pseudomonas adalah sejenis kumpulan bakteria yang suka duduk di tempat lembap. Dalam dunia masakan, ia sering menyerang telur yang dah rosak, membuatkan isi telur nampak berkilau jernih atau berbau busuk.

Namun, mengikut perkongsian mangsa, bakteria ini jauh lebih berbahaya jika ia berjaya masuk ke dalam sistem badan manusia melalui luka.

“Jangan sampai Pseudomonas ini masuk dalam badan… sebab dia pandai buat ‘rumah’ bila dah lama dalam badan. Jadi immune system kita tak dapat kesan dia.” – azbsinabr

Kesan Ngeri: Tulang Mati & Daging Membusuk

Akibat jangkitan ini, mangsa mendedahkan bahawa dia kehilangan 5cm tulang peha yang telah mati (nekrosis). Bukan itu sahaja, tisu dan daging di sekeliling tulang tersebut juga mati akibat serangan bakteria yang bijak bersembunyi daripada sistem imun manusia ini.

Paling mengejutkan, jangkitan tersebut bukan berpunca daripada makanan, sebaliknya daripada aktiviti harian di luar rumah.

Bukan Hanya Pada Telur, Tapi Ada Di Sekeliling Kita!

Ramai yang menyangka bakteria ini hanya ada pada makanan basi, tetapi anda perlu berwaspada dengan punca-punca ini:

  • Tanah & rumput: Bakteria ini hidup subur di persekitaran lembap. Mangsa terkena jangkitan ini melalui rumput yang basah semasa ada luka terbuka.
  • Air tercemar: Kawasan tadahan air atau lopak juga boleh menjadi habitatnya.
  • Tanaman/pokok: Berhati-hati semasa berkebun.

Jika anda seorang yang suka memasak atau berkebun, ini pesanan penting untuk anda:

  • Jika terluka semasa memotong bahan dapur atau berkebun, terus basuh bersih dan letak antiseptik.
  • Elakkan menyentuh tanah, rumput atau bahan mentah yang meragukan jika ada luka di tangan.
  • Jika telur nampak jernih berkilau atau berbau pelik, terus buang. Jangan ambil risiko!

Kalau ada luka yang lambat sembuh, jangan tunggu lama. Terus ke klinik sebelum kuman merebak dan memaksa anda “berkampung” lama di hospital untuk rawatan antibiotik dos tinggi.

Sumber: Threads

Baca juga: 10 Barang Rumah Ini Bahaya Kalau Letak Atas Peti Ais, No.8 Paling Ramai Kumpul!

Wan N

Recent Posts

8 Tips Popia Goreng Kekal Rangup & Tak Berminyak Walaupun Dah Sejuk, Ini Rahsianya!

Popia goreng memang paling sedap apabila kulitnya garing dan rangup ketika digigit. Namun, masalah yang…

1 hour ago

Kek Pisang Coklat Moist Ini Memang Wajib Cuba! Hasilnya Lembut, Lembab & Kaya Rasa Coklat

Ada pisang berangan yang sudah masak di rumah? Apa kata cuba resipi kek pisang coklat…

1 hour ago

Paru Crispy Rangup & Tak Mudah Lemau, Ini 5 Langkah Mudah Wajib Ikut!

Paru crispy yang rangup dan berperisa memang sedap dimakan bersama nasi panas. Namun, ada beberapa…

2 hours ago

Tak Cukup Sebiji! Buat Roti Blueberry Ala Bakeri Ini… Inti Cream Cheese & Ada Crumble Rangup

Roti blueberry sesuai dijadikan pilihan untuk minum petang bersama keluarga. Dengan tekstur roti yang lembut…

2 hours ago

26 Tahun Mak Pah Jual Minuman Serendah 30 Sen, Masih Kekalkan Harga Demi Niat Bersedekah

Sebuah gerai minuman milik warga emas di Kedah menjadi perhatian apabila pemiliknya, Sarifah Bahari atau…

3 hours ago

Resipi Sambal Petai Tempoyak Homemade, Rasa Masam Pedas Berlemak Memang Ngam!

Sambal petai tempoyak merupakan antara hidangan yang sesuai untuk peminat masakan tradisional Melayu. Gabungan rasa…

4 hours ago