
Makanan expired sering dianggap masih selamat dimakan selagi rupa dan bau tidak berubah. Ada yang rasa membazir untuk dibuang, lebih-lebih lagi jika makanan itu jarang digunakan atau masih kelihatan elok dari segi tekstur dan warna.
Hakikatnya, tidak semua makanan selamat dimakan selepas tarikh luput. Sesetengah makanan boleh menjadi punca keracunan, sakit perut atau jangkitan bakteria tanpa menunjukkan tanda-tanda rosak yang jelas. Ini kerana bakteria berbahaya boleh membiak tanpa mengubah rasa atau bau makanan.
Oleh itu, penting untuk lebih peka terhadap tarikh luput dan jenis makanan yang disimpan di dapur. Makanan tamat tempoh wajib dibuang kerana untuk melindungi kesihatan diri dan keluarga, serta mengelakkan risiko yang tidak sepatutnya berlaku.
Baca juga: Cara Defrost Ayam Dengan Pantas Guna ‘Air Garam’, Tak Perlu Tunggu Berjam-Jam Lagi!
MAKANAN EXPIRED JANGAN AMBIL MUDAH, INI 18 JENIS WAJIB BUANG!
\
1. Susu segar
Susu mudah tercemar dengan bakteria berbahaya walaupun disimpan dalam peti sejuk. Jika tarikh luput sudah lepas, elakkan terus minum walaupun baunya masih normal.
2. Yogurt
Yogurt memang mengandungi bakteria baik, tetapi selepas tarikh luput, bakteria jahat boleh membiak dan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
3. Keju lembut
Keju seperti cream cheese, ricotta dan brie sangat sensitif terhadap perubahan suhu dan mudah rosak selepas tarikh luput.
4. Daging mentah
Daging ayam, lembu atau kambing yang sudah melepasi tarikh luput berisiko tinggi membawa bakteria seperti Salmonella dan E. coli.
5. Ikan dan makanan laut
Makanan laut cepat rosak dan boleh menghasilkan toksin berbahaya walaupun disimpan beku jika sudah lama melepasi tarikh luput.
6. Telur
Walaupun nampak elok dari luar, telur yang sudah expired boleh menyebabkan keracunan makanan serius.
7. Nasi dan makanan berkanji yang dimasak
Ramai tak sangka nasi boleh jadi berbahaya. Nasi yang disimpan lama boleh mengandungi bakteria Bacillus cereus walaupun dipanaskan semula.
8. Salad siap bungkus
Salad yang dijual siap pek mudah tercemar dengan bakteria kerana mengandungi sayur mentah dan kelembapan tinggi.
9. Jus buah segar
Jus tanpa bahan pengawet cepat rosak dan boleh menyebabkan perut memulas jika diminum selepas tarikh luput.
10. Sos berasaskan tenusu
Sos seperti mayo, dressing berkrim dan sos keju perlu dibuang jika sudah melepasi tarikh luput.
11. Produk bayi
Makanan dan susu bayi wajib dipatuhi tarikh luput kerana sistem pencernaan bayi sangat sensitif.
12. Daging proses
Sosej, nugget dan daging salai boleh mengandungi bakteria berbahaya selepas tarikh luput walaupun masih beku.
13. Roti berkulat
Jika nampak sedikit kulat, jangan buang bahagian berkulat sahaja. Seluruh roti sudah tercemar dan perlu dibuang.
14. Makanan dalam tin yang kembung
Tin yang kembung atau berkarat walaupun belum lama expired boleh membawa risiko botulisme.
15. Sup dan stew siap masak
Makanan berkuah yang disimpan lama mudah rosak kerana kandungan air yang tinggi.
16. Bijirin sarapan (cereal)
Walaupun nampak kering, cereal boleh tercemar dengan kulat dan kehilangan nutrisi selepas tarikh luput.
17. Mentega dan marjerin
Lemak yang sudah lama boleh menjadi tengik dan tidak selamat dimakan.
18. Rempah campur siap kisar
Rempah yang sudah lama boleh mengandungi kulat dan kehilangan aroma serta kualiti.
Sumber: Chef Standards
Baca juga: Buka Kotak Besar Tapi Guna Sikit? Ini Cara Simpan Santan Supaya Tak Masam & Tahan Berbulan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














