Categories: Resipi

Resipi Aiskrim Goreng Tanpa Acuan Khas, Tetap Kemas & Tak Mudah Terbuka!

Resipi aiskrim goreng ini sesuai untuk yang nak cuba buat sendiri di rumah tanpa perlu beli acuan atau bahan yang rumit. Teknik tekap menggunakan mangkuk kecil sudah memadai untuk membentuk aiskrim goreng yang kemas.

Kalau anda sedang mencari cara buat aiskrim goreng yang cepat, jimat dan menjadi, resipi ini memang sesuai untuk dicuba, sama ada untuk minum petang atau hidangan pencuci mulut bersama keluarga.

Baca juga: Resipi Aiskrim Matcha Guna 3 Bahan, Rasa Premium Dan Tekstur Halus!

CARA BUAT AISKRIM GORENG TANPA ACUAN KHAS

Bahan-bahan:

  • Roti putih
  • Aiskrim (perisa ikut suka)
  • Mangkuk kecil atau cawan untuk tekap
  • Penggelek

Cara-cara:

  1. Ambil sekeping roti dan gelek sehingga nipis dan penyek.
  2. Sudukan satu sudu kecil penuh aiskrim, letakkan di bahagian tengah roti.
  3. Tutup dengan sekeping lagi roti di atasnya.
  4. Tekap menggunakan cawan atau mangkuk kecil sehingga roti terputus dan membentuk bulatan kemas.
  5. Bungkus setiap aiskrim roti secara berasingan menggunakan plastik untuk mengelakkan roti melekat semasa proses pembekuan.
  6. Simpan dalam peti sejuk beku selama semalaman atau sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehingga betul-betul beku.
  7. Apabila aiskrim sudah keras, panaskan minyak hingga betul-betul panas.
  8. Masukkan aiskrim roti yang masih beku terus ke dalam minyak panas dan goreng sekejap sahaja.
  9. Balikkan dan goreng sekitar 20 hingga 30 saat sahaja sehingga permukaan roti nampak garing dan keemasan.
  10. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dimakan.

Tip tambahan: Pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng supaya roti cepat garing dan aiskrim tidak sempat cair.

Sumber: Facebook

Baca juga: Resepi Aiskrim Cheese Indulgence, Buat Bentuk Cawan Begini Senang Nak Ngap!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

12 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

12 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

13 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

14 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

15 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

16 hours ago