Seperti yang kita tahu, Takoyaki kini memang senang sangat nak dapat sebab dah banyak gerai kecil yang menjual Takoyaki ni di hampir seluruh tempat kan? Tapi, nak dapat yang betul-betul sedap tu memang susah sangat. Kadang-kadang tu dalam gambar nampak menarik tapi bila dah dapat, mengecewakan. Dan ada pulak yang jual dengan harga yang mahal dan rasanya pun biasa je.
Haa kalau anda peminat Takoyaki, anda datang ke tempat yang betul. Jom kita tengok satu gerai Takoyaki yang menjual Takoyaki yang sedap!
Takoyaki Viral Di Banting, Rupa Sama Macam Dalam Gambar Dan Yang Penting Sedap:
Sebuah akaun di Twitter @ketengahketepi ada berkongsi pengalamannya makan di sebuah gerai Takoyaki yang viral ni. Nama gerai ini adalah Sensei Takoyaki yang terletak di banting.
“ I approve dia punya viral! Memang worth the hype! Rupa memang kene dengan harga! ”
Dan yang bestnya, isi dalam Takoyaki itu sendiri memang banyak. Sangat berbaloi lah kalau anda beli. Kenyang tau.
” I order baby crab and baby octopus! Baby crab sedap juga cuma tajam kaki dia nak makan tak sesuai utk orang tua or budak budak. Utk korang yang remaja boleh la hahah ”
Nampak menarik kan Takoyaki yang dijual kat sini? Haa selain tu, mereka pun ada menjual menu special tau! Korang memang wajib try Takoyaki kat sini.
“ Also jangan lupa pergi awal! Takut sotong habis. Tadi nak order second time pun abang tu kata sotong habis, tapi dia suruh tunggu 10 minit utk rebus. I onz je demi takoyaki ”
Jadi kaau anda yang kini berada di Banting dan tercari Takoyaki yang sedap, anda boleh cuba makan Takoyaki di sini. Memang confrim repeat order!
Alamat: (Sensei Takoyaki) Batu 22, Kampung Sungai Lang, 42700 Banting, Selangor
Waktu Beroperasi: Rabu – Isnin (3PM – 9.45PM)
Sumber: @ketengahketepi