Mana nak jumpa kedai makan 9 lauk RM69 sekarang ni? Ramai tak percaya, rupanya masih ada kedai yang menjual aneka lauk dengan harga yang terlajak murah.
Seorang pengguna Twitter, Akbar Sahari berkongsikan 9 hidangan yang dipesannya beserta harga yang dianggap sangat murah!
Mari baca perkongsiannya di bawah.
Jangan pegi kedai ni!
- Ikan Patin besar gulai tempoyak
- Ikan Merah besar goreng kunyit
- Ayam Kg gulai cili api
- Udang besar2 masak cili
- Daging salai msk lomak cili api
- Telur dadar 2
- Ikan masin
- Ulam2
- Cendol 4
Total RM?
RM69….!!
Saya suh kira balik 2 kali. Sebab murah sangat. Nasihat aku korang jangan pergi, sebab aku nak repeat. Kang crowded pulak. Dah la sodap, murah woiii hehe.
Tapi beratur , mak datuk!!!
Lokasi: NILAI, Nismilan
Watie Corner Tepi Kubur
Kedai ini juga dikenali sebagai Watie Corner Tepi Kubur.
Rupanya sudah ramai yang pernah makan di sini. Memang betul murah dan sedap.
Alamat: Watie’s corner, Jalan Nilai Santalia, Taman Desa Jasmin, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Isnin – Ahad (Ahad cuti) 11.30 pagi – 2.00 petang
Kredit: @rabkairahas