Sup ikan dory ini adalah pilihan yang tepat jika anda inginkan hidangan yang ringan, menyihatkan, dan tidak terlalu berat. Resipi ini amat mudah disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas.
Walaupun ada bahan yang boleh diganti jika tiada di dapur, hasilnya tetap sedap dan membuka selera. Bagi pencinta sup yang ingin menu cepat, resipi ini sangat sesuai untuk dicuba.
Anda juga boleh padankan sup ini bersama sambal belacan serta ulam-ulaman.
Jom kita lihat resipi penuh ini.
Baca lagi: Bingka Pandan Mudah Dan Ringkas Guna Blender, Sampai Jiran Sebelah Boleh Bau!
RESIPI SUP IKAN DORY
Bahan-bahan:
- 1 keping filet ikan dory – dipotong kecil mengikut selera
- Beberapa keping black fungus – rendam sehingga lembut
- 1 liter air
- 3 ulas bawang putih – dihiris
- 1 inci halia – dihiris (jika ada)
- Sedikit ikan bilis (jika ada)
- 1 bungkus sup bunjut ikan (boleh guna sup bunjut daging jika tiada)
- Garam secukup rasa
Hiasan:
- Bawang goreng atau daun bawang yang dipotong kecil (pilihan)
Cara Penyediaan:
1. Potong black fungus kepada saiz kecil yang mudah untuk digigit selepas direndam hingga lembut.
2. Dalam periuk, masukkan air bersama bawang putih, halia, ikan bilis, dan sup bunjut. Biarkan mendidih supaya aroma bahan-bahan meresap ke dalam air.
3. Setelah sup mendidih, masukkan black fungus dan biarkan mereneh seketika.
4. Masukkan potongan ikan dory ke dalam sup. Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak. Setelah itu, tambahkan garam secukup rasa.
5. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang untuk aroma yang lebih harum dan menarik.
Sumber: Nor Azian Jamil
Baca lagi: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!