Nasi kapit ini adalah lebih kurang sama seperti nasi impit cuma cara masaknya berbeza sedikit. Kebiasaannya orang luar akan makan nasi impit bersama kuah kacang tetapi belah pantai timur, mereka akan makan nasi kapit ini bersama sambal nyior.

Mudah sahaja cara makannya hanya cicah sahaja nasi kapit ini bersama sambal nyior. Kalau korang tak pernah cuba boleh lah buat di rumah. Jom cuba resepi mudah nasi kapit sambal nyior ala Kelantan ini.

Bahan-bahan (nasi kapit)

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air

CARA PENYEDIAAN

  1. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air .
  2. Masukkan ke dalam pressure cooker.
  3. Tekan butang congee atau pun sup.
  4. Biarkan sehingga wap keluar, apabila dah nampak sudah masak baru boleh buka penutup periuk.
  5. Angkat periuk itu kemudian tekanitekan nasi tersebut biarkan padat. Guna senduk kayu sahaja dan tekankan biar padat dan nampak kemas.
  6. Apabila sudah sejuk baru boleh potong.

Bahan-bahan (sambal nyior)

  • Sebiji kelapa
  • Ikan
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 3 batang serai (dihiris)
  • Garam
  • Gula nise

Cara Penyediaan

  1. Goreng kelapa parut sehingga keperangan. Pastikan ia tidak hangit.
  2. Panggang ikan sehingga masak, jangan letak garam. Lebih banyak ikan, lebih sedap.
  3. Campurkan semua bahan bersama bawang dan serai yang dihiris.
  4. Masukkan galam dan gula secukup rasa dan kisar atau tumbuk semua bahan sehingga hancur.
  5. Siap dan boleh dimakan.

Sumber: Wan Ros Ina Lina