Ramai sebenarnya masih keliru tentang sukatan air nasi lemak yang betul. Ada yang jadi lembik, ada yang keras, ada pula kurang rasa lemaknya walaupun dah letak santan.
Nak nasi lemak jadi cantik, berderai dan cukup rasa lemak, kuncinya bukan pada santan semata-mata, tapi pada nisbah sukatan air nasi lemak yang tepat.
Perkongsian daripada Nieza Nor Hamnira ini sangat membantu kerana beliau kongsikan formula mudah yang boleh guna untuk beras biasa atau beras basmathi.
Baca juga: Sukatan Gula Yang Betul Untuk Air Jamuan, Manis Cukup Rasa Bila Diminum!
Rahsia utamanya ialah nisbah berikut:
1 : 1 : 0.5
(Beras : Air : Santan)
Inilah asas sebenar sukatan air nasi lemak yang ramai tak tahu.
Maksudnya:
Mudah dan tak perlu agak-agak lagi.
Supaya lebih jelas, ini jadual penuh untuk rujukan:
Inilah sukatan air nasi lemak yang paling selamat dan konsisten menjadi.
Selain sukatan nasi lemak yang betul, ini antara rahsia tambahan:
1. Letak Garam Dan Sedikit Gula
Garam wajib untuk naikkan rasa.
Sedikit gula bantu seimbangkan rasa santan supaya tak hambar.
2. Tambah Butter atau Minyak
Sedikit butter atau minyak masak akan:
3. Tumbuk Bahan Aromatik
Tumbukkan:
Masukkan sekali daun pandan yang disimpul.
Gaulkan semua dalam campuran air dan santan.
Rasa dulu sebelum tekan butang masak. Pastikan cukup masin dan lemak.
Kenapa Nasi Lemak Selalu Lembik?
Biasanya sebab:
Sebab itu pentingnya tahu sukatan nasi lemak yang betul sebelum mula memasak.
Boleh Guna Beras Apa?
Apa pun jenis beras, ikut formula 1:1:0.5 dan laraskan sedikit jika perlu.
Kalau selama ini anda selalu tertanya-tanya berapa sebenarnya sukatan nasi lemak, jawapannya mudah sahaja, ikut nisbah 1:1:0.5.
Dengan sukatan ini, nasi lemak akan jadi tak lembik, tak keras, berderai cantik dan cukup rasa lemak. Selepas ini tak perlu lagi agak-agak air.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nieza Nor Hamnira
Baca juga: Resipi Nasi Lemak Simple Sukatan 3 Pot Beras, Confirm Jadi Dan Wangi Macam Mak Masak
Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…
Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…
Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…
Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…
Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…
Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…