Ibu-ibu buntu memikirkan menu apa untuk dibawa ke jamuan sekolah anak? Haa, apa kata jom masak spageti bolognese ini.
Resipi yang dikongsi oleh Puan Rose Senni ini sesuai untuk dibawa ke jamuan sekolah, pejabat ataupun untuk jualan.
Biasa kalau jamuan, kita akan letak makanan dalam bekas besar kan? Kalau ikut cara ibu ini pek spageti dalam cawan, tinggal ambil je bila nak makan. Tak perlu pinggan dah.
1. Didihkan air dalam periuk, tuangkan sedikit minyak. Masukkan spageti dan rebus sehingga lembut mengikut masa yang tertulis di paket. Bila dah lembut, toskan.
2. Untuk membuat kuah, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak, bertukar ke warna coklat.
4. Masukkan sosej dan lobak merah, kacau sebati.
5. Masukkan capsicum, cendawan dan bawang holand, kacau rata.
6. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam secukupnya.
7. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Jika masak untuk jamuan anak di sekolah, ibu-ibu boleh pek spageti dalam cawan seperti gambar di bawah.
Letakkan sos di bawah, kemudian baru letakkan spageti.
Letak garfu siap-siap, mudah bila nak makan tak perlu pinggan.
Kredit: Rose Senni
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…