Jom cuba buat Roti Mini Shawarma Ayam. Sesuai untuk buat menu bekal, jamuan sekolah dan juga berkelah untuk cuti sekolah nanti.
Jika di Timur Tengah, ia dipanggil shawarma. Tapi di sini kita panggil kebab ayam, kebab daging dan sebagainya. Sedap kebab ni biasanya terletak pada dua faktor utama. Isi sama ada ayam atau dagingnya, dan juga sos yang digunakan.
Baca juga: Spicy Beef Wrap Guna Daging Burger, Mudah Dan Sedap
Bahagian inti tu kena masak betul-betul supaya dapat hasilkan rasa yang marvellous. Picit pula dengan sos black pepper, mayonis atau cheezy sos memang tak cukup 1 bungkus kebabnya nanti.
Dalam perkongsian Nor Illustrator ni penulis tertarik betul tengok persiapan dan pembungkusan yang beliau buat untuk hidangan keluarga. Mana tidaknya, masak di rumah, tapi bungkus macam makan di kedai. Barulah dapat feel makan makanan kedai kan.
RESIPI ROTI MINI SHAWARMA AYAM
Boleh juga wrapped shawarma ayam tu dengan sayur tu ala ala vietnamese roll tu kan .Kurang sedikit karbohidrat.
Bahan perap:
Bahan hiasan:
Cara membuatnya:
1. Perap kesemua bahan diatas kira-kira 20 hingga 30 minit. Jika perap semalam lagi sedap.
2. Masak di atas dapur hingga sempurna kejadiannya. Tutup api
3. Belah tengah roti mini dan masukkan inti ayam yang sudah dimasak.
4. Hias daun parsley dan tomato diatasnya. Ulang semula hingga habis inti dan roti.
5. Siap dan sedia untuk dihidang!
Kalau tak dapat nak buat sekarang, save dulu perkongsian ini di laman facebook tau. Supaya mudah nak cari semula bila bekelapangan nak buat roti mini shawarman ayam ni. Selamat mencuba ye buat kawan-kawan semua!
Baca juga: Cara Buat Roti Mini Burger Yang Gebu Dan Sedap, Cantik Sangat Kejadiannya
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…