Resipi spageti aglio olio merupakan hidangan yang paling mudah dan cepat untuk dibuat. Kurang 30 minit untuk menyiapkan satu hidangan.
Pelbagai protein anda boleh cuba seperti ayam, udang, daging serta sotong. Kadar kepedasan juga ikut kepada selera sendiri.
Jom tengok resipi yang senang dari Cik Puan Adilah Jaafar melalui laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Cucur Badak Cara Mak Mertua, Barulah Menantu Syurga!
RESIPI SPAGETI AGLIO OLIO
Bahan-bahan
- Bawang Holland 1 biji (dipotong dadu)
- Bawang putih 6 ulas (dipotong dadu)
- Cendawan butang 1 tin (dihiris nipis)
- Capsicum hijau dan merah dipotong dadu
- Udang dibuang kulit
- Mix herbs 2 sudu besar
- Chili flake 3 sudu besar
- Kiub ayam 1 (pilihan)
- Serbuk black pepper 2 sudu besar
- Spageti 500g / 1 paket
- Garam
- Minyak zaitun (olive oil)
- Keju parmesan
Cara-cara Penyediaan
1. Rebus spageti hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga layu dan harum.
3. Masukkan udang yang telah dibuang kulit. Goreng sekejap hingga udang berubah warna.
4. Masukkan mix herbs, chili flakes, serbuk black pepper, dan kiub ayam (jika digunakan). Goreng sekejap sehingga bahan-bahan sebati.
5. Tambahkan cendawan butang yang dihiris nipis dan capsicum hijau dan merah yang dipotong dadu. Gaul rata.
6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga semua bahan sebati.
7. Masukkan spageti yang telah direbus tadi ke dalam kuali. Gaul hingga semua bahan bersatu dengan spageti.
8. Taburkan sedikit chili flakes dan keju parmesan di atas spageti untuk menambah rasa.
Spageti Aglio Olio kini siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba dan menikmati hidangan pasta yang lazat ini!
Sumber: Adilah Jaafar
Baca juga: Kuih Keria Rasa Macam Di Melaka, Wajib Ikut TIP Akak Ini!
Related Posts
Resipi Popular
Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu, Sebijik Sama Macam Di Kedai!
Resipi Sambal Penyet Ketagih, Makan Dengan Lauk Apa Pun Sedap!
Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh
Resipi Mee Goreng Basah Guna Numee, Tak Cepat Kembang Dan Senang Putus
Daging Goreng Ala Thai, Campak-campak dalam Kuali Terus Siap!
Artikel Popular
Resipi Ayam Goreng Bawang Putih, Guna Teknik Ini Pasti Lebih ‘Juicy’!
Roti Arab Simple Tanpa Bakar, Cara Ringkas Tapi Lembut Bukan Main!
6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari
Karipap Transparent, Terang Lagi Bersuluh Nampak Isi Dalam, Resipi Viral Wajib Cuba!
8 Jenis Buah Sesuai Letak Dalam Bekal, Yang Lain Boleh Cepat Rosak!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!