resipi mee goreng basah

Resipi Mee Goreng Basah merupakan hidangan mee goreng popular dan sering menjadi pilihan mak-mak untuk memasaknya di rumah.

Ia sering disajikan panas-panas dengan taburan bawang merah goreng, telur mata kerbau serta hirisan tomato.

Baca juga: Cara Buat Pes Mee Goreng Ala Emak-Emak, Tinggal Tumis Saja

Makan panas-panas, tambah lagi jeruk cili dan sedikit perahan limau nipis, memang bertambah dibuatnya. Dulu-dulu kalau beli mee goreng macam ini, selaluya ia akan dilapik dengan plastik dan dibungkus dalam surat khabar.

Mari ikuti resipi dari perkongsian Noor Hafiza Mohamad ini. 


RESIPI MEE GORENG BASAH GUNA NUMEE

resipi mee goreng basah

Bahan-bahan:

resipi mee goreng basah

Cara-cara memasak: 

1. Goreng udang separa masak dan angkat (supaya udang tak hancur dan terlebih masak dalam kuah

2. Tumis 2 sudu ibu sambal (cili kering, bawang merah, bawang putih).

3. Masukkan air 600 ml.

4. Masukkan ke semua bahan-bahan sos.

5. Bila dah menggelegak, masukkan sayur-sayuran.

6. Masukkan mee (Numee tak perlu dicuci, ditulis pada paket). Saya celur sekejap dalam air panas, untuk elakkan mee patah bila digaul nanti. Mee keras bila keluarkan dari peti sejuk.

7. Pecahkan sebiji telur dan biarkan jadi scramble (nak pekatkan kuah).

8. Masukkan udang yang digoreng tadi, tutup api dan sedia dihidang. Nak makan nanti tabur daun sup, bawang goreng, perah limau dan makan bersama timun.

Nota Tambahan: Hanya guna kicap pekat dan kicap mee untuk menyedapkan lagi mee goreng basah.


Selamat mencuba.

Resipi: Noor Hafiza Mohamad

Baca juga: Cara Buat Mee Kari Padu, Bertambah Kuah Dibuatnya, Sedap Sangat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN