sos nampla thai

Ramai yang sudah biasa dengan sos pencicah seperti kicap, belacan, asam atau cili untuk colek buah. Kali ini, kami nak ajak anda cuba resipi menarik iaitu Sos Nampla Thai yang lazat.

Sos Nampla Thai juga dikenali sebagai sos ikan Thai yang merupakan sejenis sos masin yang diperbuat daripada penapaian ikan, biasanya ikan bilis atau ikan kecil lain bersama garam.

Sos ini merupakan bahan asas yang sangat penting dalam masakan Thai, sama seperti kicap dalam masakan Cina atau garam dalam masakan Barat.

Nak makan buah potong dengan rasa luar biasa, wajib buat resipi Sos Nampla Thai yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Sos Sukiya Homemade, Sedap Buat Untuk Pencicah Makanan Apa Saja!

RESIPI SOS NAMPLA THAI

sos nampla thai

Bahan-bahan:

  • Gula kabung thai atau gula somtam
  • Bawang merah (nak sedap guna bawang kecil thai atau thai shallot)
  • Udang kering
  • Cili padi merah
  • Sos ikan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan air ke dalam periuk dan masak gula somtam sampai pekat.

2. Selepas itu, masukkan sos ikan dan masak sampai mendidih.

3. Apabila sudah agak pekat, masukkan bawang merah, cili padi dan udang kering.

4. Akhir sekali, ikut citarasa nak pekat mana. Jangan terlalu pekat sebab apabila sudah sejuk nanti, sos jadi keras.

sos nampla thai

Resipi ini mungkin nampak biasa, tapi sekali cuba pasti buat anda tak pandang sos pencicah lain lagi. Jika buat di rumah, pasti keluarga anda menyukainya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Zaimah Zakaria

Baca juga: Kuah Rojak Petis Pekat Berkilat, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN