resepi sos sukiya

Buat peminat makanan steamboat pasti tahu tentang Sos Sukiya yang pernah viral di media sosial. Jadi, kami nak kongsikan resepi Sos Sukiya untuk anda cuba buat di rumah.

Sos Sukiya adalah sejenis sos Jepun yang biasa digunakan dalam hidangan seperti sukiyaki, gyudon atau sebagai pencicah untuk steamboat. Rasa manis, masin dan sedikit umami membuatkan sos ini sangat digemari ramai.

Melalui perkongsian video di TikTok oleh zainulrusydi, resepi Sos Sukiya homemade yang dibuatnya nampak sedap dan menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai

RESEPI SOS SUKIYA HOMEMADE

resepi sos sukiya

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Cili padi
  • Roasted sesame sauce
  • Miso paste
  • Chili oil

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, sediakan bawang putih yang dicincang, daun ketumbar, daun bawang, cili padi dan roasted sesame sauce.

2. Selepas itu, campurkan semua bahan tadi dalam satu mangkuk.

3. Kemudian, masukkan miso paste ke dalam adunan bahan tadi (boleh dapatkan miso paste yang halal di kedai-kedai Jepun).

4. Akhir sekali, masukkan chilli oil (boleh dibuat sendiri dengan menuangkan minyak panas ke atas chilli flake). Siap!

resepi sos sukiya

Jika teringin makan di restoran Jepun tapi malas nak keluar, buatlah Sos Sukiya homemade yang mudah ini. Lebih-lebih lagi, ia boleh dimakan dengan apa saja hidangan lauk di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: zainulrusydi

Baca juga: Perencah Ikan Bakar Homemade Yang Pasti Sedap, Boleh Simpan Lama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN