
Sebelum ini Nak Nak pernah buat kejutan dengan menu-menu unik mereka, kali ini lagi sekali mereka berjaya buat peminat teruja. Jenama makanan tempatan yang sudah lama menjadi kegemaran ramai ini melancarkan rangkaian terbaru, iaitu Siri Bold Bulgogi.
Apa yang menarik, menu ini hanya ada untuk masa terhad. Jika anda memang suka burger berinspirasikan Korea, inilah masanya untuk cuba sendiri kombinasi lengkap iaitu burger padu, curly fries kegemaran ramai dan milkshake pistachio yang berkrim dan pekat.
Baca juga: Sedap Memang Sedap, Tapi Cara Simpan Budu Dalam Tong Hitam Buat Netizen Hilang Selera
SIRI BOLD BULGOGI NAK NAK TAMPILKAN DUA PILIHAN BURGER ENAK

Nak Nak menyediakan dua pilihan burger untuk Siri Bold Bulgogi ini, jadi ia sesuai untuk anda yang sukakan daging ataupun ayam.
- Beef Bulgogi Burger

Daging panggang yang berjus, disatukan pula dengan salad segar, hirisan bawang merah, mayo bulgogi berkrim dan sos bulgogi eksklusif Nak Nak.
- Crispy Chicken Bulgogi Burger

Ayam goreng rangup yang dalamnya berjus, disatukan juga dengan salad segar, hirisan bawang merah, mayo bulgogi berkrim dan sos bulgogi eksklusif Nak Nak.
Kedua-duanya dihidangkan dalam roti gebu yang lembut dan memang puas hati jika makan panas-panas.
SEAWEED CURLY FRIES TERBARU, SESUAI JADI PELENGKAP HIDANGAN

Makan burger tak lengkap tanpa kentang goreng di sisi. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba Seaaweed Curly Fries terbaru ini. Setelah makan sekali, pasti susah nak berhenti mengunyah.
Seaweed Curly Fries ini mempunyai sentuhan rasa unik ala Jepun dan Korea. Jadi, ia sangat sesuai untuk anda sekeluarga yang sukakan kelainan dalam hidangan.
MILKSHAKE PISTACHIO, MINUMAN BERKRIM, PEKAT & MEMIKAT SELERA
Sempena pelancaran Siri Bold Bulgogi, Nak Nak turut menampilkan Milkshake Pistachio yang diperbuat daripada 100% pes pistachio asli.
Teksturnya berkrim, pekat dan kaya dengan rasa kacang yang lazat. Jika nak cuba pencuci mulut ala Korea, inilah pilihan tepat buat anda.
SIRI BOLD BULGOGI HANYA DALAM MASA TERHAD, JANGAN LUPA SINGGAH NAK NAK NANTI

Setelah mencubanya sendiri, apa yang kami boleh katakan tentang Siri Bold Bulgogi Nak Nak ini adalah harganya sangat berpatutan dengan hidangan dan kualitinya.
Rasa pula terjamin sedap, terutama untuk mereka yang suka makanan berinspirasikan Korea. Jika anda suka cuba menu baru, Siri Bold Bulgogi ini memang tak boleh dilepaskan.
Cuma kena ingat, menu dalam Siri Bold Bulgogi ini dalam masa terhad. Jadi, kenalah cepat datang bersama keluarga dan kawan-kawan ke Nak Nak sebelum terlambat.
Semoga bermanfaat!
Sumber: NAKNAK
Baca juga: Nak Beli Tauhu Bergedil Tapi Kanak-Kanak Ini Cuma Ada RM1, Reaksi Peniaga Buat Netizen Menangis
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














