cara simpan budu

Perkongsian di Instagram baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial apabila seorang peniaga tunjuk cara simpan budu jualannya yang menggunakan tong berwarna hitam.

Budu hasil air tangan peniaga terkenal Pantai Timur, Kak Yah ini dikatakan cukup digemari ramai terutamanya golongan berusia kerana boleh dimakan terus tanpa dimasak.

Tambahan pula, ramai juga peniaga nasi kerabu dari seluruh Malaysia dapatkan bekalan budu dan pati ikan daripada beliau. Jadi, ia terbukti budu jualannya memang laku keras.

Baca juga: Restoran Ramai Orang Tapi Kerusi Bayi Kotor Teruk, Ini Antara Komen Pedas Netizen Yang Paling Win!

PENIAGA TUNJUK CARA SIMPAN BUDU DALAM TONG HITAM JADI TANDA TANYA NETIZEN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makan Sedap KL (@makansedap.kl)

Walaupun budu itu terkenal dengan rasa asli, netizen mempersoalkan cara peniaga itu menyimpan budu jualannya menggunakan tong berwarna hitam yang ditempatkan di kawasan terbuka.

Ada yang risau bekas itu bukan jenis gred makanan dan mungkin terdedah kepada kesan cahaya matahari. Lebih menambah rasa was-was, keadaan sekitar tong itu nampak kurang bersih.

NETIZEN MULA BERSUARA, ISU KEBERSIHAN PERLU DIUTAMAKAN

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kurang selesa. Bukan untuk menjatuhkan perniagaan seseorang, tapi isu kebersihan makanan sepatutnya diutamakan.

  • “Mengucap panjang saya tengok video ni.”

cara simpan budu

  • “Tank tu bukan food grade storage.”

cara simpan budu

  • “Betul ke macam ni cara pembuatan budu?”

  • “Dah tak lalu nak makan budu.”

Tak dinafikan budu tetap jadi hidangan tradisi yang ramai gemari, terutama apabila makan dengan nasi kerabu atau ulam. Namun isu kebersihan ini bukan benda remeh, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan makanan yang dimakan ramai.

Harapnya perkongsian ini boleh jadi peringatan untuk lebih ramai peniaga ambil berat bab kebersihan dan keselamatan makanan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: makansedap.kl

Baca juga: “Mahal, Sedap, Tapi Biadab” – Wanita Luah Kecewa, Pekerja Kedai Makan Kurang Mesra

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN