Tak ramai yang menternak haiwan eksotik sebagai sumber rezeki, namun berbeza dengan seorang lelaki di media sosial ini yang berkongsi tentang daging landak untuk dijual.

Gambar lelaki itu bersama daging landak telah mencuri perhatian ramai di Facebook. Reaksi netizen rata-ratanya terkejut, malah ada yang mengaku daging landak sedap dibuat rendang.

Baca juga: Sebak Lihat Pak Cik Kutip Sisa Makanan, Tindakan Kanak-Kanak Belanja Makan Buat Netizen Terharu

LELAKI KONGSI DAGING LANDAK UNTUK DIJUAL, HARGA SEKITAR RM180 UNTUK 1KG

daging landak untuk dijual

Lelaki tersebut, yang dikenali sebagai Rizal Anuar, sebenarnya bukan sembarangan penjual kerana dia sememangnya penternak berlesen yang menjadikan landak raya sebagai sumber rezeki.

“Alhamdulillah. Petang ni selesai sembelihan dua ekor landak raya yang dibiak dari hasil biak baka dalam kurungan berlesen (bukan landak liar).

Siap je bungkus dan terus simpan dalam pembeku tunggu untuk ‘dipinang’. Video sembelihan landak tak sesuai nak muat naik takut ada yang terkesan.”

-Rizal Anuar-

daging landak untuk dijual

Perkongsian gambar yang dimuat naik oleh Rizal Anuar di Facebook menunjukkan dua ekor landak telah selesai disembelih dan menunggu untuk dibeli oleh pelanggan.

Kedua-dua ekor landak itu telah pun dibersihkan dan dicabut durinya. Selain itu, kelihatan isi daging landak itu juga tebal dan berlemak, kemungkinan besar kerana dibiak sendiri.

ANTARA KOMEN NETIZEN MELIHAT PERKONGSIAN JUALAN DAGING LANDAK

Melihat pada ruang komen yang bertanyakan harganya, Rizal Anuar membalas bahawa daging landak tersebut dijual sekitar RM180 untuk sebekas yang beratnya 1 kilogram bersama resit untuk rujukan PERHILITAN.

daging landak untuk dijual

Selain ramai yang berasa kembang tekak melihat haiwan itu, ada juga yang berkongsikan pengalaman makan daging landak bersama masakan yang boleh dibuat dengannya.

“Binatang ni paling sedap lemak dan sedap kalau bakar.”

daging landak untuk dijual

“Memang sedap isi daging dia.”

“Sedap tu buat rendang pedas.”

“Masak gulai darat + buah ara.”

Semoga bermanfaat!

Sumber: Rizal Anuar, Kosmo!

Baca juga: Wanita Kena ‘Ketuk’ Harga Sampai RM35 Ketika Beli Buah Potong, Rupanya Ditimbang Sekali Dengan Plastik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending