ayam goreng kunyit mudah

Tengah cari idea lauk untuk makan tengah hari atau malam, tak perlu susah payah fikir banyak kali. Buat saja Ayam Goreng Kunyit mudah ini, pasti makan sampai berselera nanti.

Bukan saja sesuai sebagai lauk harian di rumah, tapi jika nak buat bekal ke tempat kerja pun boleh. Tambahan pula, menu ini biasanya dimasak lengkap bersama sayur campur.

Cuba anda tengok resipi Ayam Goreng Kunyit mudah oleh Mhdr Nina di Facebook ini. Apabila lihat hasilnya, memang nampak seperti dimasak di kedai makan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul!

RESIPI AYAM GORENG KUNYIT MUDAH

ayam goreng kunyit mudah

Bahan-bahan:

  • 2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar tepung gandum (boleh tambah sesudu lagi jika nak lebih garing)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Lada merah (dihiris halus)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu kecil garam
  • Lobak merah
  • 1 biji bawang merah (dihiris tebal)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • Kubis bunga
  • Kacang panjang

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, satukan tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari ke dalam ayam yang sudah dipotong kecil, kemudian gaul rata.

2. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng ayam. Jika ayam melekat, biarkan seketika sampai garing baru terbalikkan.

3. Goreng sampai ayam garing, kemudian masukkan sayur keras dulu seperti lobak merah dan bunga kobis.

4. Kemudian, masukkan pula bahan lain yang tinggal.

5. Akhir sekali, goreng sampai semua masak, angkat dan toskan minyaknya.

Ayam Goreng Kunyit mudah ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan. Jika ada kicap dan telur dadar, lebih bertambahlah nikmatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mhdr Nina

Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Simple Guna Air Fryer, Confirm Makan Sampai Jilat Jari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN