beli tauhu bergedil

Setiap orang pasti pernah merasa susah dan pengalaman itulah menjadikan kita lebih peka dengan orang lain. Begitulah kisah peniaga kepada kanak-kanak yang mahu beli tauhu bergedil yang dijualnya.

Video perkongsian di TikTok miliknya, iaitu shaunytauhugendut.co benar-benar menyentuh hati ramai netizen. Bukan saja faham, malah bersimpati dengan mereka yang sedang diuji.

Baca juga: Kedai ‘Tomyam Malaysia’ Mendunia Di India, Siap Ada Menu Roti Canai Dan Apam Balik

KANAK-KANAK BELI TAUHU BERGEDIL, TANYA HARGA TAPI CUMA ADA RM1

@shaunytauhugendut.co harini sis touching sikit , sebab sis pernah rasa apa yg adik ni rasa ” teringin tapi duit belanja tinggai yg mana ada ja , kdg dh hbis sbb dh brbelanja ” , semoga dengan satu pemberian akan datang lagi berlipat ganda dikemudian hari aamin ❤️ #shaunytauhugendut #tauhugendut #tauhubergedil #bergedil #fyp #sungaipetani ♬ som original – rh love

Dalam video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki datang ke gerainya yang terletak di tepi jalan. Dengan penuh sopan, dia bertanya harga tauhu bergedil yang dijual.

Jawapan peniaga itu jelas, sebiji tauhu bergedil berharga RM2. Tanpa disangka, budak itu hanya mampu keluarkan RM1 daripada poket baju Melayunya.

Apabila sedar duitnya tak cukup, kanak-kanak itu terus berundur dan membatalkan niat untuk beli tauhu bergedil tersebut.

PENIAGA TERSENTUH, TERUS SEDEKAH TAUHU BERGEDIL

Namun, peniaga tersebut tidak sampai hati. Dia segera membungkus sebiji tauhu bergedil, lengkap dengan kuah kicap, lalu memberikannya secara percuma kepada si kecil itu.

” Hari ni sis touching sikit… sebab pernah rasa macam adik ni rasa.

Kadang duit belanja tinggal sikit je, kadang dah habis awal sebab dah terbeli macam-macam.

Harap rezeki yang diberi hari ni akan datang berlipat ganda. Amin.”

-shaunytauhugendut.co-

Kanak-kanak itu pun tersenyum kecil sebelum berlalu pergi, meninggalkan peniaga dengan perasaan sebak.

ANTARA KOMEN MENARIK DARIPADA NETIZEN SETELAH MELIHAT VIDEO TERSEBUT

“Jual tak kaya, bagi tak miskin.”

beli tauhu bergedil

“Bayangkan dekat akhirat nanti, tauhu harga RM2 itulah yang buat dia masuk syurga.”

beli tauhu bergedil

“Semoga orang beratur panjang kedai kau kak.”

beli tauhu bergedil

“Kenapa budak tu datang? Kerana Allah yang hadirkan untuk uji kita.”

“Aku yang handsome ni pun nangis, apatah lagi korang yang biasa-biasa je.”

Semoga bermanfaat!

Sumber: shaunytauhugendut.co

Baca juga: Wanita Terkejut Jumpa Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Netizen Minta Dedah Lokasi Kedai

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN