perasa makanan

Mungkin ada yang tak tahu, kulit dan kepala udang yang selalu kita buang tu sebenarnya boleh jadi serbuk perasa makanan yang sedap untuk masakan!

Menurut Rusyainie Ramli, serbuk udang ini boleh digunakan untuk menambah rasa dan buat masakan kita lebih umami.

Bukan itu saja, kita juga tak rasa membazir sangat bila buang kulit dan kepala udang, sebab boleh guna untuk sesuatu yang lebih berguna!

Baca juga: Cara Buat Serbuk Pati Ayam Homemade. Bebas Gula, Garam, MSG & Bahan Pengawet!

CARA BUAT SERBUK PERASA MAKANAN GUNA KEPALA & KULIT UDANG

perasa makanan

Bahan-bahan:

  • Kepala dan kulit udang (dibuang dari isi udang)

Cara-cara:

  1. Sediakan kepala dan kulit udang yang telah dibuang isinya.
  2. Susun kulit udang dalam ketuhar. Kalau kuantiti banyak, lebih mudah guna ketuhar berbanding air fryer (penggoreng kering), kerana air fryer memerlukan masa lebih lama dan perlu dibalikkan agar garing sekata.
  3. Set suhu ketuhar pada 140°C dan bakar kulit udang sehingga benar-benar kering. Pastikan kulit udang benar-benar kering, kerana jika tidak, serbuk udang akan menjadi basah.
  4. Setelah kering, keluarkan kulit udang dari ketuhar dan biarkan sejuk.
  5. Setelah sejuk, kisarkan kulit udang sehingga halus.
  6. Simpan serbuk udang dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Tips:

Serbuk udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa umami dalam masakan, seperti pengganti MSG. Walau bagaimanapun, jangan letak terlalu banyak kerana bau udangnya agak kuat. Dengan membuatnya sendiri, anda dapat menjimatkan sedikit kos dan mengurangkan pembaziran kerana tidak membuang kulit dan kepala udang.

Sumber: Rusyainie Ramli

Baca juga: Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade. Bau Lagi Wangi & Asli Tanpa Pengawet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN