Kuey Teow Celup

Seorang pengguna Facebook berkongsikan cara buat kuey teow celup versi sihat yang mudah dan yang penting sedap! Sesuai untuk anda yang sedang berdiet.

Siapa kata kalau nak diet perlu makan buah dan sayur sahaja? Rupanya boleh juga makan pelbagai makanan tapi perlu mengawal kuantiti makanan diambil.

Tidak dinafikan juga, mungkin ramai yang dalam proses menurunkan berat badan tapi teringin nak makan makanan yang sedap. Haa resipi ini khas untuk anda!

Cara Buat Kuey Teow Celup Versi Sihat

Bahan-bahan kuah sup:

  • Seulas bawang putih
  • Air
  • Ayam dada
  • Kaki ayam
  • Secukup rasa
  • Garam
  • Gula
  • Kicap manis
  • Kacang goreng tanpa minyak (ditumbuk)
  • 2 sudu sos ikan
  • Akar daun ketumbar
  • Akar daun sup

Cara-cara membuat kuah sup:

  1. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan air.
  2. Seterusnya masukkan bahan-bahan lain.
  3. Didihkan seketika.

Cara hidangan:

  1. Bilas kuey teow dengan sedikit air suam dan letak dalam mangkuk.
  2. Taburkan kacang tumbuk, serbuk cili, cili jeruk, kangkung, taugeh, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, limau nipis dan isi ayam dada yang telah diracik.
  3. Masukkan juga minyak bawang putih. (tumbuk bawang putih sehingga hancur, kemudian goreng dalam minyak panas sampai garing).
  4. Selamat mencuba!Kuey Teow Celup

Kredit resipi: Leeya Bridal Melaka

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN