serabi pandan kuah kinca

Jika pernah melancong ke Indonesia, mesti akan mencuba Serabi Pandan Kuah Kinca ini. Ia antara penkek tradisional dan amat popular di sana.

Kalau di Malaysia, biasanya lebih mengenali kuih ini sebagai Serabai dan sedap dicicah bersama kuah manis ataupun kuah durian. Memang lazat dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas.

Baca juga: Kuih Pulut Bangkok Cara MUDAH, Memang Sedap Guna Pisang Nangka

Untuk pengetahuan anda, Serabi Pandan ini merupakan makanan ringan orang Indo dulu-dulu yang masih menjadi rebutan sehingga kini.

Penkek dengan campuran pandan menjadikan aromanya istimewa. Lebih-lebih lagi, disiram dengan kuak kinca, di mana gula hitam mencair dalam mulut apabila memakannya, memang terliur.

Jom, lihat resipi dan cara membuat menerusi perkongsian dari @silvialim18 ini. Resipi beliau telah meraih sehingga 2.5K perkongsian di Facebook. 


RESIPI SERABI PANDAN KUAH KINCA

serabi pandan kuah kinca

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 150gram tepung protein sederhana
  • 50gram tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk penaik 
  • 1/2 sudu kecil yis segera
  • 30gram gula
  • 200ml santan (saya: 100 ml santan segera + 100 ml air)
  • 50ml mendakan pandan suji
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan, kacau rata. Tuangkan santan sedikit demi sedikit, kacau dengan whisk hingga rata dan tidak berketul, kemudian masukkan endapan pandan, gaul rata. Biarkan doh selama 30 minit.

2. Panaskan kuali kemudian tuang senduk adunan. Biarkan sehingga berliang, tak perlu terbalik. Masak hingga kering, angkat dan buat sehingga doh habis.

Bahan kuah kinca:

Cara buah kuah kinca:

1. Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut kemudian + larutan tepung jagung. Biarkan mendidih dan mula pekat, angkat dari api.

2. Hidangkan lempeng pandan bersama kuah kinca.

3. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba resipi Serabi Pandan bersama Kuah Kinca ini.

Baca juga: Kuih Bengkang Tepung Beras Sukat Guna Cawan, Bakar Dalam Air Fryer Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN