Categories: Informasi

Senarai Ikan Segar & Buah Kena Cukai SST 5%, Termasuk Ikan Kembung, Tenggiri & Banyak Lagi

Mulai 1 Julai 2025, beberapa jenis ikan segar dan buah-buahan harian akan dikenakan cukai SST sebanyak 5%. Antara yang terlibat termasuk ikan kembung, tongkol, epal dan buah-buahan lain yang biasa kita beli setiap minggu.

Langkah ini dikatakan untuk tambah hasil negara dan kawal lambakan makanan import. Tapi ramai yang tertanya-tanya, kenapa makanan harian rakyat biasa pun termasuk dalam senarai yang kena cukai?

Baca juga: 50 Tahun Disangka Halal, Rupanya Restoran Ayam Goreng Terkenal Di Indonesia Ini Guna Minyak Babi!

Senarai Ikan Dicaj Cukai SST 5%

Berikut adalah senarai ikan yang dikenakan SST 5% mulai 1 Julai 2025:

1. Salmonidae

  • Trout (ikan trout)
  • Pacific salmon (ikan salmon Pasifik)
  • Atlantic salmon (Ikan salmon Atlantik/ikan salmon Danube)
  • Danube salmon (Hucho hucho)

2. Tuna

  • Albacore / Longfinned tunas (Thunnus alalunga) – Ikan tuna albacore
  • Yellowfin tunas (Thunnus albacares) – Ikan tuna sirip kuning
  • Bigeye tunas (Thunnus obesus) – Ikan tuna mata besar
  • Atlantic & Pacific bluefin tunas (Thunnus thynnus, Thunnus orientalis) – Ikan tuna sirip biru Atlantik dan Pasifik
  • Southern bluefin tunas (Thunnus maccoyii) – Ikan tuna sirip biru selatan
  • Skipjack tuna (Katsuwonus pelamis)

3. Ikan kecil

  • Herring (Clupea harengus, Clupea pallasii) – Ikan haring
  • Anchovies (Engraulis spp.) – Ikan bilis
  • Sardines (Sardina pilchardus, Sardinops spp., dll.) – Ikan sardin
  • Sardinella (Sardinella spp.) – Ikan tamban
  • Mackerel (Scomber scombrus, Scomber japonicus, dll.) – Ikan kembung
  • Indian mackerels (Rastrelliger spp.) – Ikan kembung India
  • Seerfishes (Scomberomorus spp.) – Ikan tenggiri
  • Jack & horse mackerel (Trachurus spp.) – Ikan cencaru
  • Jacks, crevalles (Caranx spp.) – Ikan cupak

4. Ikan lauk pelagik besar

  • Cobia (Rachycentron canadum) – Ikan haruan tasik
  • Silver pomfrets (Pampus spp.) – Bawal putih
  • Pacific saury (Cololabis saira) – Ikan sauri Pasifik
  • Capelin (Mallotus villosus) – Ikan capelin
  • Swordfish (Xiphias gladius) – Ikan todak
  • Kawakawa (Euthynnus affinis) – Ikan tongkol
  • Bonitos (Sarda spp.) – Ikan kayu
  • Marlins, sailfishes, spearfish (Istiophoridae) – Ikan layar / Ikan todak panjang

5. Ikan putih dan sejuk

  • Cod (Gadus morhua, Gadus ogac, Gadus macrocephalus) – Ikan kod
  • Haddock (Melanogrammus aeglefinus) – Ikan haddock
  • Coalfish (Pollachius virens) – Ikan coalfish
  • Hake (Merluccius spp., Urophycis spp.) – Ikan hake
  • Alaska pollock (Theragra chalcogramma) – Ikan pollock Alaska
  • Blue whitings (Micromesistius poutassou, Micromesistius australis) – Ikan whiting biru

6. Ikan dasar laut dan keluarga campuran

  • Bregmacerotidae – Ikan cod berjanggut / ikan laut dalam kecil (kurang dikenali di Malaysia)
  • Euclichthyidae – Ikan cod sirip panjang / ikan laut dalam (tiada nama umum dalam BM)
  • Gadidae – Keluarga ikan cod (ikan kod)
  • Macrouridae – Ikan ekor tikus / rattails
  • Melanonidae – Ikan cod hitam kecil (deep-sea black cod) – tidak biasa dalam pasaran Malaysia
  • Merlucciidae – Ikan hake
  • Moridae – Ikan cod laut dalam / cod palsu
  • Muraenolepididae – Ikan cod laut dalam / cod palsu

7. Lain-lain ikan

  • Livers – Hati Ikan
  • Roes – Telur ikan
  • Milt – Mani ikan / sperma ikan (kadang disebut “susu ikan”)
  • Fish fins – Sirip ikan
  • Heads – Kepala ikan
  • Tails – Ekor ikan
  • Maws – Perut ikan / gelembung renang
  • Bahagian dalaman ikan yang boleh dimakan (contoh: hati, telur, perut dan organ lain)

Senarai Buah Dikenakan Cukai Jualan 5%

Berikut adalah senarai buah yang dikenakan SST 5% mulai 1 Julai 2025:

1. Import (Segar, Kering, Diberkukan, atau diawet):

  • Pisang
  • Nanas
  • Epal
  • Pear
  • Buah quince
  • Anggur
  • Avokado
  • Buah jambu
  • Buah sitrus
  • Buah beri (Strawberries, Raspberries, Blackberries, Cranberries,Gooseberries)
  • Mangga
  • Lemon
  • Betik
  • Buah limau
  • Durian
  • Rambutan
  • Longan
  • Ciku
  • Belimbing
  • Laici
  • Cempedak & Nangka
  • Buah naga
  • Manggis
  • Tembikai
  • Melon

2. Buah-buahan yang diproses, dibekukan & dibungkus:

  • Dibekukan atau buah-buahan yang diawet seperti jem, jeli, marmalade, pes buah
  • Minuman berasaskan buah-buahan: Jus buah-buahan, air kelapa (tidak ditapai)

Nota: Walaupun beberapa buah ini ada ditanam di tempatan, SST hanya dikenakan kepada versi import atau diproses sahaja. Namun, ada yang mengatakan bahawa sumber tanaman dalam negara masih tidak cukup. Jadi, versi import sudah jadi seperti barang asas.

Sumber: eCentral, SirapLimau

Baca juga: Chef Malaysia Raih Pingat Emas Di Dubai, Makanan Tradisi Kita Dinobatkan Terbaik Dunia!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

10 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

10 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

12 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

12 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

12 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

13 hours ago