makanan tradisi malaysia

Makanan tradisi Malaysia sekali lagi diangkat di persada dunia apabila pasukan chef Malaysia berjaya merangkul Pingat Emas dan gelaran ‘The Best National Cuisine In The World’ dalam kejohanan masakan tradisi dunia yang berlangsung baru-baru ini di Dubai.

Antara individu penting di sebalik kejayaan ini ialah Chef Syafiq Shahrom, yang kini berkhidmat di Grand Hyatt Dubai. Beliau mula terlibat dalam dunia kulinari selepas tamat persekolahan dan menyambung pengajian dalam seni kulinari serta pengurusan hotel di KLMUC. Kerjaya beliau bermula di Kuala Lumpur dan sejak itu beliau telah bekerja di beberapa negara seperti Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Bahamas dan sekarang berkhidmat di Dubai, UAE.

Baca juga: Malaysia Tampil Hidangan Kreatif Di Pastry World Cup 2025, Berjaya Bawa Pulang Pingat Gangsa

MAKANAN TRADISI MALAYSIA DINOBATKAN TERBAIK DUNIA

makanan tradisi malaysia

Chef Syafiq yang juga merupakan salah seorang pengurus pasukan ini berkongsi bahawa perjalanan untuk menang di kejohanan ini bukanlah mudah. Pasukan ini telah melalui proses latihan bermula dari tiga bulan lalu.

Pasukan Malaysia terdiri daripada lima orang chef dan dua orang pengurus pasukan yang bertanding dalam kategori makanan tradisional dunia. Pertandingan ini menyaksikan penyertaan dari negara-negara ternama seperti Perancis, China, Thailand, Afrika Selatan, Indonesia, Itali, Sri Lanka, India, Nepal, Syria dan banyak lagi.

Mereka diberikan masa tiga jam untuk menyajikan tiga hidangan iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Hidangan yang disajikan oleh pasukan Malaysia:

Pembuka selera:

  • Otak-otak Daun Pisang
  • Kerabu Umai Laktok & Limau Bali
  • Lohbak Ayam Penang

Hidangan utama:

  • Nasi Kerabu Ulam-ulaman
  • Udang Bakar Sambal
  • Ayam Rendang Nogori
  • Achar Awak Nyonya

Pemanis mulut:

  • Kuih Keria Melaka
  • Puteri Dua Sebilik Pahang
  • Cendol Pandan Penang

Warisan Dari Kampung Ke Pentas Dunia

Setiap hidangan diinspirasikan oleh negeri asal ahli pasukan dan resipi warisan yang dipelajari sejak kecil daripada ibu dan nenek masing-masing. Tujuan utama mereka adalah untuk membawa rasa makanan tradisional rumah ke meja juri, memberikan pengalaman seolah-olah mereka sedang menikmati hidangan langsung dari dapur kampung halaman kami

Dari segi persembahan pula, mereka mengekalkan elemen adat Melayu seperti penggunaan bakul, dulang, mangkuk tingkat serta penyediaan air basuh tangan sebelum makan. Elemen ini menjadi keunikan yang membezakan Malaysia daripada pasukan lain.

Para juri terdiri daripada barisan profesional dari Australia, Jerman, Afrika, Mesir, Amerika Syarikat, Singapura, Switzerland, negara-negara Nordic dan Emiriah Arab Bersatu. Cita rasa mereka sangat teliti, namun persembahan dan rasa masakan Malaysia berjaya menambat hati mereka semua.

Pasukan ini membawa misi untuk mengangkat nama Malaysia melalui makanan. Jika negara lain boleh membanggakan hidangan seperti pasta, sushi atau tom yam, pasukan ini percaya masakan Malaysia seperti nasi lemak dan nasi kerabu juga layak dikenali dunia.

Kemenangan ini juga diharap menjadi pembakar semangat kepada generasi muda dalam dunia kulinari untuk terus mengangkat warisan masakan Malaysia.

Chef Syafiq mewakili pasukannya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dari awal sehingga mereka dapat menggengam piala ‘The Best National Cuisine In The World’

Barisan Pasukan

Pengurus & Jurulatih:

  • Chef Rene Johari
  • Chef Syafiq Shahrom
  • Chef Azlee Zainon

Pasukan Utama:

  • Muhammad Azzam Omar
  • Muhammad Nabil Eman
  • Raihana Adawiyah Khairil Anwar
  • Muhammad Yusri Yuzani

Sokongan Utama:

  • Konsulate Jeneral Malaysia di Dubai
  • Tourism Malaysia Dubai

Baca juga: Nasi Goreng Kampung ‘Juara’ Di Hati Chef Terkenal New Zealand, Pilih Sebagai Hidangan Terbaik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN