
Jus buah-buahan sering menjadi pilihan minuman berbuka puasa kerana menyegarkan. Jika belum pernah buat air Tembikai Laici di rumah, kami cadangkan anda cuba pada hari ini.
Setelah seharian berpuasa, pasti badan terasa lesu dan perlukan minuman segar yang lazat. Apatah lagi ditambah ais yang sejuk-sejuk, rasa penat terus hilang dibuatnya.
Ramai peniaga air balang yang menjual air Tembikai Laici di bazar kerana ia merupakan antara minuman yang laku keras jika dijual pada bulan Ramadan.
Nak cuba buat air Tembikai Laici sendiri di rumah, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan di Facebook ini dan hasilnya cukup memuaskan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Air Jagung Creamy, Rasa Lemak Berkrim Tentu Anak-Anak Berebut Minum
RESIPI AIR TEMBIKAI LAICI

Bahan-bahan:
- 1kg tembikai (ditimbang termasuk kulitnya)
- 1 tin laici
- 1 botol air lemon houseboom
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kupas kulit tembikai dan masukkan isinya ke dalam blender.
2. Selepas itu, letak air lemon dan kisar sampai hancur semuanya.
3. Kemudian, tapis untuk buang sedikit hampas atau buih (lebih kurang 1/3 hampas) untuk mengelakkan dari jus pekat bersalut.
4. Seterusnya, tambahkan air laici tin.
5. Akhir sekali, boleh letakkan ais dengan secukupnya. Siap untuk dinikmati!

Resipi air Tembikai Laici ini tak menggunakan gula atau susu sama sekali kerana minuman ini sudah cukup manis dengan campuran semua air yang digunakan.
Sekali-sekala buat jus buah-buahan sendiri di rumah untuk keluarga tersayang, apa salahnya. Lebih-lebih lagi, ia bagus diminum untuk kesihatan juga.
Selamat mencuba!
Sumber: Ben Safwan
Baca juga: Jus Mangga Dengan 5 Bahan Mudah, Bila Minum Rasa Segar Luar Biasa
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














