aiskrim yogurt

Nak pencuci mulut yang sejuk, sihat dan mudah disediakan? Resepi aiskrim yogurt ini memang sangat sesuai dicuba! Tak perlu mesin aiskrim, tak perlu bahan pelik-pelik. Hanya perlukan yogurt, buah-buahan dan sedikit madu kalau suka rasa manis semula jadi.

Yang menarik, resepi ini langsung tak guna gula putih. Sesuai untuk sesiapa yang tengah jaga pemakanan, nak kurangkan manis atau cari snek sihat untuk anak-anak. Rasa tetap sedap dan menyegarkan, lebih-lebih lagi bila dimakan waktu cuaca panas.

Cuma ambil beberapa minit untuk sediakan dan lepas simpan dalam peti beku 2-3 jam, aiskrim dah sedia untuk dinikmati. Kalau ada anak kecil, confirm mereka suka sebab teksturnya lembut dan manisnya datang dari buah segar.

Baca juga: 10 Khasiat Yogurt Jika Diambil Selalu, Nombor 9 Wanita Pasti Suka!

RESEPI AISKRIM YOGURT BUAH-BUAHAN

aiskrim yogurt

Bahan-bahan:

  • Yogurt asli atau Greek yogurt
  • Buah-buahan segar (seperti pisang, strawberi, kiwi, mangga)
  • Madu (pilihan, untuk rasa manis semula jadi)

Cara-cara:

  1. Sediakan satu bekas kecil atau apa-apa acuan bersesuaian mengikut saiz yang anda suka. Bekas plastik kecil bertutup juga sesuai jika mahu simpan dalam peti sejuk beku.
  2. Pilih buah-buahan segar kegemaran anda. Antara yang sesuai ialah buah pisang, strawberi, anggur, blueberry, kiwi, mangga atau tembikai. Potong kecil supaya mudah dimuatkan dalam bekas.
  3. Untuk lapisan pertama, susunkan hirisan buah pisang di dasar bekas. Ini akan menjadi asas kepada aiskrim yogurt anda.
  4. Tuangkan satu lapisan yogurt di atas buah tadi. Ratakan sedikit menggunakan sudu.
  5. Tambahkan satu lagi lapisan buah. Boleh guna buah yang sama atau campurkan dengan buah lain supaya lebih berwarna-warni dan berperisa.
  6. Ulang langkah melapis dengan yogurt dan buah mengikut ketinggian atau ruang bekas.
  7. Untuk sentuhan terakhir, boleh titiskan sedikit madu di atas permukaan untuk rasa manis semula jadi.
  8. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman jika mahu tekstur lebih pejal seperti aiskrim.

Sumber resipi dan gambar: Siti Noraina Asmuni

Baca juga: Patutlah ‘Viral’ Salad Timun Yogurt Ini, Sangat Lazat & Sesuai Untuk Diet

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN