kelapa jelly

Waktu cuaca panas macam ni, kalau dapat makan kelapa jelly memang sejuk tekak. Bukan setakat anak-anak, kita orang dewasa pun suka.

Jika sebelum ni selalu beli di kedai, kali ini jom cuba buat sendiri kelapa jelly di rumah. Baru puas hati dapat makan banyak-banyak.

Kalau ada yang nak buat niaga pun pasti laku! Ikut saja cara-caranya yang dikongsikan oleh Masitah Shariff di bawah.

CARA BUAT KELAPA JELLY YANG MUDAH

Bahan-bahan:

  • 10gm agar2 bertali (blh tukar yg jenis serbuk)
  • 3 biji air kelapa muda (saiz sedang2 ja)
  • Gula 13 sudu makan (blh ejas ikut tahap kemanisan yg korang nak)
  • 2 liter air
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • Isi kelapa digunting memanjang

Cara-cara:

  1. Masakkan agar-agar bersama air, gula dan daun pandan.
  2. Bila agar-agar dah larut, masukkan air kelapa.
  3. Masukkan secubit garam, kacau dan boleh tutup api.
  4. Taburkan isi kelapa di dalam bekas macam dalam gambar.
  5. Tuang cecair yang dimasak tad ke dalam bekas, kemudian sejukkan dalam peti ais.

Kredit: Masitah Shariff

Baca juga: Resipi Lempeng Kelapa Legend, Simple Tapi Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN