sardin masak kicap

Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula. Dijamin membuka selera dan buat anda makan bertambah-tambah.

Resipi ini memang simple tapi sedap dia memang tak boleh bawa bincang! Gabungan rasa pedas, manis, dan masin memang perfect! Dimakan dengan nasi panas.

Untuk membuatkan masakan ini bertambah sedap, sardin perlu digoreng garing dulu sebelum dimasak dengan kuah kicap pekat.

Kalau nak lagi sedap, boleh tambah ubi kentang goreng sekali. Rasa lemak-lemak ubi kentang tu memang ngam dengan kuah kicap pedas. Confirm licin pinggan!

Baca juga: Resipi Roti Sardin Mini Rangup, Tak Serap Minyak Bila Goreng!

RESEPI SARDIN MASAK KICAP PEDAS

sardin masak kicap

Bahan-bahan utama:

  • Sardin 1 tin
  • Bawang besar 1 labu*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Kicap pekat manis Jalen 3 sudu besar
  • Cili kering blender 3 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Cili api 4 biji
  • Gula/Garam

Bahan tambahan:

  • Ubi kentang sebiji

Cara-cara:

  1. Hiris nipis bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Mula-mula goreng ubi kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bahan bertanda * hingga naik bau dan layu.
  4. Kemudian masukkan cili kering kisar serta sos dalam tin sardin sedikit (dalam 2-3 sudu besar).
  5. Tumis hingga agak pecah minyak, api sederhana.
  6. Kemudian masukkan kicap pekat manis & sos tiram.
  7. Tambah air sedikit, ikut kepekatan kuah yang diingini.
  8. Akhir sekali, masukkan sardin, ubi kentang & cili api.
  9. Perasakan dengan gula dan garam.
  10. Masak sekejap kemudian tutup api. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Amiera Johan

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Sambal Sardin Cili Api, Anak Menambah Sampai 4 Kali!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN