Categories: Resipi

Sardin Gulung Bakar Macam Kedai Bakeri, Memang MENJADI Guna Cara Ini

Sedapnya kalau minum petang dihidangkan dengan Sardin Gulung Bakar dan secawan kopi panas. Sudah pasti lepas makan, rasa nak lagi! 

Kalau nak tahu, selain inti sardin, anda juga boleh tukar dengan inti lain seperti daging, ayam atau udang.

Jadi, apa kata anda ikuti resipi perkongsian daripada Cik Puan Audrey Koh ini. Senang saja, cubalah nanti di rumah! 

Baca juga: Pai Epal Sukatan Cawan, Guna Cara MUDAH Dan Ringkas Ini


RESIPI SARDIN GULUNG BAKAR

Bahan-bahan doh:

Bahan inti:

Cara-cara penyediaan:

1. Lenyekkan 3 tin besar sardine dan buang tulangnya. Tambah serbuk kari, garam, lada putih, bawang hiris nipis, cili padi cincang kalau nak pedas.

2. Pastikan tak terlalu basah, tak payah masak. Kalau terlajak, berair sangat, boleh lah masak hingga kering sikit. 

3. Untuk doh pula, pukul 250g marj/butter, 1 sdb gula, 1sdk garam, 2 kuning telur, 60ml air sejuk sampai sebati.

4. Tambah 500g tepung dan uli sampai buat bola. Pastikan tak terlalu basah dan tak terlalu kering. Kalau basah tambah tepung. (Yang ini resipi untuk 1 adunan, biasa saya bancuh 2 kali)

5. Bila roll, letak selapis plastik supaya doh tak melekat pada rolling pin. Gulung dan potong guna acuan kalau ada atau ukur 2×2 inchi. Sapukan dengan kuning telur pada atas doh dan bakar 180C atau sehingga emas keperangan. 

6. Kalau nak simpan frozen tak payah sapu kuning telur dulu, par-bake (separa bakar) 15 minit dulu. Biar sejuk kemudian baru frozen. Siap!


Selamat mencuba resipi Sardin Gulung Bakar ini.

Baca juga: Kek Fruit Pastry Cara SIMPLE, Kek Viral Tahun 2010 Dah Trending Balik!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

9 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

9 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

9 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

9 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

10 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

11 hours ago