Kalau anda dah tak ada idea nak bawa bekal untuk anak-anak atau diri sendiri, cubalah resipi sandwich telur mayonis ini! Cara buat yang sangat senang.
Resipi ini anda boleh menghasilkan 5 set sandwich telur mayo. Cukup untuk bekal anak, suami dan diri anda. Senang tak perlu pening fikir menu berlainan.
Jom tengok perkongsian oleh Cik Puan Nur Laila ini.
Baca juga: Kulit & Inti Karipap Yang Sedap, Dapat Makan Seketul Dah Rasa Puas!
RESIPI SANDWICH TELUR MAYONIS
Bahan-bahan:
- 5 biji telur rebus
- 5 sudu besar (sb) mayonis
- 1/2 sudu teh (st) garam
- 1/2 sudu teh (st) gula
- Air perahan lemon atau limau kasturi
- Timun Jepun, dipotong dadu
- 1 sudu teh (st) lada hitam
Nota: Garam bukit berwarna merah jambu dan gula perang digunakan kerana tiada stok garam putih dan gula putih di rumah. Anda boleh menggunakan apa-apa yang ada.
Cara-cara:
1. Lenyek telur rebus mengikut citarasa. Tidak perlu terlalu halus supaya masih ada tekstur telur.
2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Perahkan lemon atau limau kasturi dahulu.
3. Potong roti kepada 4 bahagian.
4. Sapu marjerin pada roti. Letakkan salad Romania dan hirisan tomato. Tambah mayonis jika suka.
5. Letakkan 2 sudu besar campuran telur mayo tadi pada roti.
6. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Laila
Baca juga: Resipi Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!
Related Posts
Resipi Popular
Resipi Puding Laici Berkuah, Makan Waktu Cuaca Panas Memang Sejuk Tekak!
Resipi Ayam Masak Lemak Tumis Halba, Setiap Suapan Buat Terpejam Mata!
Resipi Ayam Goreng Kunyit Berlada Ini ‘Sumpah’ Sedap, Wajib Cuba!
Resepi Nasi Ayam Penyet Untuk Satu Keluarga, Sekejap Je Dah Siap Masak!
Cara Buat Kuih Batang Buruk Versi Ekspres, Guna Kulit Popia Je!
Artikel Popular
Cara Buat Sambal Kunyit Sedap & Banyak Khasiat, Resipi Turun-Temurun Keluarga!
Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!
Resipi Acar Peria, Ini Petua Hilangkan Rasa ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan
Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Dengan ‘Bahan Ini’ Untuk Hilangkan Bau
Inginkan Hidangan Minum Petang Yang Istimewa? Jom Cuba Resepi Enoki Poket Crispy, Memang Padu!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!