Sandwich Cheesy Beef Slice

Jom buat Sandwich Cheesy Beef Slice guna air fryer. Memang enak, mudah dan mengenyangkan! Menu ekspress ini sesuai dimakan ketika sarapan atau brunch. Nak buat sebagai ‘light dinner’ pun tiada masalah.

Sandwich ini juga boleh dijadikan bekalan anak-anak ke sekolah atau idea sahur. Ia merupakan makanan yang cukup mengenyangkan disamping memenuhi zat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal

Hanya menggunakan tiga bahan saja dan terus bakar dalam air fryer, memang jimat masa!

Resipi sandwich ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Raja Ain. Ala-ala sandwich macam di kafe hasilnya. Jom kita tengok cara-caranya.


RESIPI SANDWICH CHEESY BEEF SLICE

cheesy beef slice

Portion: 1 orang makan

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti
  • 4 keping cheese clice
  • 4 keping beef Slice
  • 1 biji telur – dikacau

Bahan topping:

  • Mayonis 
  • Sos cili – optional

Cara-caranya:

1. Untuk roti buku, ambil empat keping roti dan potong tepi roti cantik-cantik.

2. Kemudian, Letak empat keping cheese di atas setiap roti yang telah dipotong tadi.

3. Kemudian, letak pula empat keping beef slice dan mayonis di atasnya.

4. Lipat kepada bentuk segitiga dan cucuk lidi di tengah roti supaya tidak terbuka.

5. Masukkan roti-roti tersebut ke dalam air fryer dan sapukan telur yang sudah dikacau ke atasnya. Bakar dengan suhu 180C kira-kira 10 minit.

6. Siap untuk dihidang!


Mudah je kan! Bila dah tahu buat, dia akan jadi senang je sebenarnya dan lama-lama terbiasa buat sendiri je daripada beli di kedai. Nak buat makan santai minum petang pun boleh. Anak-anak confirm akan suka sandwich ni sebab kita menggunakan cheese dan beef slice.

Selamat mencuba korang.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN