cara masak ayam paprik

Kalau pergi kedai makan masakan Thai mesti wajib order ayam masak paprik kan? Rupanya mudah sangat cara masak ayam paprik yang lagi padu dari kat kedai.

Dijamin kalau dah cuba masak ikut cara ni, takkan order lagi lagi lauk ni bila kat kedai makan. Jom cuba!

Cara Masak Ayam Paprik

Bahan-bahan tumis:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Serai sebatang diketuk

Bahan lain:

  • 3 sdm cili kisar
  • Isi ayam (potong kecil)
  • Air panas setengah mangkuk
  • Sayur pilihan
  • 6 biji cili padi (diketuk)
  • Daun limau purut

Bahan sos:

  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos cili thai
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm sos ikan
  • 1/2 sdm kicap manis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak banyak sikit sebab nanti nak tumis cili kisar. Mula-mula tumiskan dulu bahan-bahan tumis.

2. Bila bahan tadi dah garing, masukkan cili kisar. Masak sampai garing dan pecah minyak.

3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dipotong kecil. Masak sampai ayam masak.

4. Masukkan pula bahan sos dan air panas setengah mangkuk. Kacau rata.

5. Biarkan mendidih sekejap.

cara masak ayam paprik

6. Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Masukkan sekali 6biji cili padi yang diketuk.

7. Akhir sekali masukkan daun limau purut. (buang tulang tengah daun)

cara masak ayam paprik

8. Agak-agak bila sayur dah lembut boleh tutup api. Selamat mencuba!

cara masak ayam paprik

Kredit: Khas Fena

Baca juga: Resipi Udang Belon Thai Guna 4 Bahan Sahaja, Cicah Dengan Sos Lagi ‘Umphh’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN