Kalau ada sotong dekat rumah, memang wajib masak sambal sotong petai ini. Bukan apa, dah memang jadi lauk kegemaraan keluarga min.
Bestnya sambal sotong ni bukan sesuai makan dengan nasi putih je tau. kalau buat nasi lemak pagi-pagi tu pun sedap dan bertambah makannya. Buat sambal tu sudah tentu kena masukkan sedikit petai barulah awesome!
Baca juga: Cara Cuci Sotong Supaya Kekal Pejal & Tak Berair, Tak Perlu Rebus Lagi Sebelum Masak
Menurut resepi yang min nak kongsikan ni, katanya sambal sotong yang bagus bila mana sambalnya tidak berair dan sambal meliputi semua sotong. Dan untuk hasilkan sambal sotong yang sebegitu, ada Teknik dan caranya tersendiri.
Resipi Sambal Sotong Petai
Bahan-bahan:
- 15 tangkai cili kering
- 2 labu bawang besar ( belah 4)
- 3-4 ulas bawang putih
- Sedikit minyak masak
- 4-5 ekor sotong
- Sedikit tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1 cawan air
- Sediki garam
- 15 mata petai ( ikut suka boleh letak lebih)
- 1 biji bawang holland ( hiris)
- Serbuk perencah
- 1 sudu besar asam jawa (bancuh)
Cara memasak:
1. Mula-mula sekali, rebus cili kering bagi lembut. Kemudian, kisar bersama bawang besar dan bawang putih. Jangan gunakan air, tapi kisar dengan minyak sampai hancur.
2. Basuh sotong, potong bentuk bulat yang kita inginkan. Basuh dengan tepung gandum. Kemudian toskan sekejap.
3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar tadi dan juga gula. Masak sampai gula larut dan pecah minyak. Pastikan sambal bertukar warna jadi maroon.
4. Sementara tu, didihkan secawan air dan masukkan sedikit garam. Celur sotong dalam 2 minit terus angkat dan toskan.
5. Bila sambal dah bertukar warna jadi maroon, masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sampai rasa dah sekata.
6. Bila rasa dah ngam boleh masukkan sotong, petai dan juga bawang holland. Gaul dan masak selama 3 minit sahaja lebih kurang.
7. Akhir sekali, masukkan air asam jawa. Kacau sekata agar bahan-bahan sekata. Siap untuk dihidang.
Fuuh! Serious nampak berselera pulak bila tengok lauk sotong dengan petai menghijau dalam gambar ni. Nak tukarkan kepada udang juga boleh. Pasti rasanya sedap dan manis!
Bila tengok cara masak sotong sambal ni, berbeza tak dengan cara yang biasa kita buat? Jika berbeza, nanti nak buat boleh cuba buat cara opah min punya resipi.
Selamat mencuba.
Kredit gambar: Yayar B. Awang Noh