Categories: Resipi

Resipi Sambal Petai Tempoyak Homemade, Rasa Masam Pedas Berlemak Memang Ngam!

Sambal petai tempoyak merupakan antara hidangan yang sesuai untuk peminat masakan tradisional Melayu. Gabungan rasa masam tempoyak dengan aroma petai menjadikan hidangan ini cukup istimewa untuk melengkapkan sajian harian.

Keistimewaan sambal ini terletak pada gabungan rasa pedas, masam dan sedikit manis yang seimbang. Ikan bilis pula menambahkan rasa masin serta tekstur rangup yang menjadikan setiap suapan lebih menyelerakan.

Bagi yang gemarkan hidangan berasaskan tempoyak, resipi ini boleh dicuba di rumah kerana cara penyediaannya tidak rumit. Tahap kepedasan juga boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing, manakala jumlah petai boleh ditambah jika ingin menikmati rasa dan aromanya dengan lebih ketara.

Baca juga: Aroma Petai Dah Buat Kecur Air Liur! Resipi Sambal Udang Ini Memang Susah Nak Tolak

RESIPI SAMBAL PETAI TEMPOYAK

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar tempoyak
  • ½ genggam ikan bilis (untuk digoreng)
  • Petai secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan untuk ditumbuk:

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci kunyit hidup
  • 5 biji cili padi
  • ½ genggam ikan bilis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  2. Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan tempoyak dan kacau sehingga sebati. Untuk rasa yang lebih istimewa, anda boleh gaulkan tempoyak bersama bahan tumbuk di dalam lesung batu terlebih dahulu.
  4. Tuangkan air secukupnya, kemudian perasakan dengan garam, gula, dan perasa mengikut cita rasa.
  5. Masukkan petai dan biarkan seketika sehingga petai sedikit layu.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sehingga semua bahan sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Threads @ssyaim11

Baca juga: Resipi Kentang Ikan Bilis Dengan Petai & Terung, Lauk Legend Ini Memang Padu!

Izzati

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

3 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago