Sambal petai memang antara lauk yang cukup mudah disediakan di rumah, terutama kalau memang suka rasa petai yang digabungkan dengan sambal pedas. Tak perlu banyak bahan pun, asalkan sambal ditumis sampai pecah minyak, rasanya sudah cukup untuk buat nasi panas bertambah.
Untuk sambal yang lebih berapi, cili padi digunakan sebagai bahan utama bersama bawang merah dan bawang putih. Semua bahan ini dikisar halus sebelum ditumis sehingga masak dan pecah minyak. Selepas itu, masukkan petai dan perasakan mengikut citarasa.
Jika menggunakan petai yang sudah dibersihkan dan dibekukan, sambal mungkin akan kelihatan sedikit berair selepas petai dimasukkan. Teruskan sahaja memasak sambil digaul hingga sambal kembali pecah minyak. Bila dah siap, sesuai dijadikan lauk ringkas untuk makan tengah hari atau makan malam.
Baca juga: Jangan Buang Petai Kecut! Petua Mudah Ini Buat Isi Kembali Segar, Pejal & Sedap Dimasak
RESIPI SAMBAL PETAI BERAPI
Bahan-bahan:
- Petai
- Cili padi
- Bawang merah
- Bawang putih
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukup rasa
- Gula pasir secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Kisar halus bawang merah, bawang putih dan cili padi.
- Panaskan minyak secukupnya, kemudian tumis bahan kisar sehingga sambal pecah minyak.
- Perasakan dengan garam, aji dan gula pasir mengikut rasa.
- Masukkan petai yang sudah dibersihkan dan dicuci.
- Gaul sebati dan teruskan menumis. Jika menggunakan petai yang sudah dibekukan, sambal akan sedikit berair selepas petai dimasukkan.
- Masak lagi sehingga sambal kembali pecah minyak.
- Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Sumber: Suci Ci
Baca juga: Resipi Petai Jeruk Rangup Tanpa Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

