Resipi sambal udang petai memang antara lauk yang cukup menggoda selera, terutama apabila dinikmati bersama nasi panas. Rasa sambalnya yang pedas, manis, dan sedikit masam memberikan gabungan rasa yang seimbang dalam setiap suapan.
Udang yang lembut dan manis semula jadi bertemu pula dengan petai yang mempunyai aroma serta rasa tersendiri. Kedua-duanya memang serasi apabila digabungkan dalam sambal yang kaya dengan rasa.
Untuk peminat lauk yang penuh rasa, hidangan ini memang boleh menjadi pilihan untuk melengkapkan hidangan tengah hari. Tambah pula dengan nasi panas, memang boleh membuat selera terus bertambah!
Baca juga: Resipi Bancuhan Celup Tepung Berserdak ‘Meriah’, Sesuai Untuk Sotong, Udang & Ikan!
RESIPI SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan:
- 500g udang
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu kecil garam
- 10 tangkai cili kering, direndam dan dikisar
- 5 biji bawang merah, dikisar
- 3 ulas bawang putih, dikisar
- 1 inci halia, dikisar
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar air asam jawa
- 1 cawan petai
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara penyediaan:
- Perap udang dengan kunyit dan sedikit garam, kemudian goreng sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Kurangkan kuantiti minyak dalam kuali, tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis.
- Masukkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, bawang merah, bawang putih, dan halia. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan satu sudu besar gula dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata.
- Masukkan petai dan gaul sehingga semuanya sebati.
- Masukkan garam dan secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Sumber: Tiktok Noriati
Baca juga: Rahsia Buat Cucur Udang Yang Bulat Cantik, Jangan Terus Cedok Masuk Kuali
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

