Categories: Informasi

26 Tahun Mak Pah Jual Minuman Serendah 30 Sen, Masih Kekalkan Harga Demi Niat Bersedekah

Sebuah gerai minuman milik warga emas di Kedah menjadi perhatian apabila pemiliknya, Sarifah Bahari atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Pah, masih jual air pada harga serendah 30 sen hingga RM1 sejak 26 tahun lalu.

Dia mengekalkan harga tersebut kerana mahu membantu pelanggan yang kebanyakannya berpendapatan rendah, selain menjadikan perniagaannya sebagai satu cara untuk bersedekah meskipun keuntungan yang diperoleh tidak banyak.

Baca juga: Tak Buat Diet Ketat, Lelaki Ini Turun Hampir 30kg Dengan Ganti Nasi Kepada Kentang!

Jual Air 30 Sen, Mak Pah Tak Kisah Untung Sedikit

“Saya mula berniaga sejak zaman Allahyarham Datuk Seri Syed Razak Syed Zain jadi Menteri Besar Kedah sampailah Menteri Besar sekarang, Alhamdulillah masih kekalkan harga sama. Dahulu arwah Syed Razak yang tinggal di taman berdekatan selalu singgah beli juga.

“Sekarang walaupun sudah lebih 25 tahun saya tidak berhasrat hendak naikkan harga lagi. Pelanggan saya banyak orang biasa saja dan mereka datang beli sini sebab saya jual murah kalau naikkan harga tentu mereka kecewa. Biarlah, kerana saya pun niat hendak bersedekah,” kata Mak Pah.

Ibu tunggal kepada 10 orang anak itu menjelaskan, minuman sirap ais dijual pada harga 30 sen. Teh O ais dan kopi O ais pula masing-masing berharga 50 sen, manakala teh ais dijual pada harga 60 sen. Minuman lain seperti Nescafe dan Milo ais ditawarkan pada harga RM1.

“Bungkus dan minum di gerai sama sahaja harganya. Orang selalu tanya, kalau jual macam ini untungkah? Masih untung sebenarnya, cuma sedikit sahaja lah,” katanya.

Sumber gambar: UTUSAN

Berkongsi kisah kehidupannya, Sarifah berkata, hasil daripada perniagaan itulah yang membolehkannya membesarkan dan menyara kesemua anak selepas suaminya meninggal dunia lebih 50 tahun lalu.

Menurutnya, semua anaknya kini sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing. Dia memilih untuk terus berniaga kerana berasa sunyi jika hanya duduk di rumah.

“Anak-anak semua sudah berkahwin dan mempunyai ke­luarga masing-masing kalau duduk di rumah pun rasa sunyi juga jadi saya keluar berniaga. Anak-anak pernah suruh berhenti tetapi saya selalu beritahu kalau saya tak jual lagi macam mana dengan pelanggan saya nanti,” katanya.

Selain menjual minuman murah, Mak Pah turut menyediakan makanan tengah hari pada harga yang berpatutan untuk pelanggan yang datang ke gerainya.

Sumber: UTUSAN

Baca juga: Tular Video Keropok Papadom Ada Kesan Tapak Kaki Manusia, Netizen Terus Loya Tekak!

Wan N

Recent Posts

Tak Cukup Sebiji! Buat Roti Blueberry Ala Bakeri Ini… Inti Cream Cheese & Ada Crumble Rangup

Roti blueberry sesuai dijadikan pilihan untuk minum petang bersama keluarga. Dengan tekstur roti yang lembut…

28 mins ago

Resipi Sambal Petai Tempoyak Homemade, Rasa Masam Pedas Berlemak Memang Ngam!

Sambal petai tempoyak merupakan antara hidangan yang sesuai untuk peminat masakan tradisional Melayu. Gabungan rasa…

2 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Lemak Berkrim Bersalut Memang Buat Teringat-Ingat!

Selalunya kita makan ayam buttermilk, tetapi pernah cuba buat versi udang pula? Resipi udang masak…

2 hours ago

Resipi Puding Pandan Gula Melaka Yang Manis Memikat, Buat Loyang Besar Pun Tak Cukup!

Resipi puding pandan gula melaka ini sesuai untuk penggemar pencuci mulut yang mempunyai rasa lemak…

4 hours ago

Tak Perlu Kulit Lasagna, Guna Roti Je! Resipi Lasagna Roti Ini Mudah, Sedap & Siap Dalam 15 Minit

Cara buat lasagna roti boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menikmati hidangan ala lasagna…

5 hours ago

Belanjawan Malaysia 2027 Bawa Berita Baik, Harga Ikan, Ayam & Sayur Ditawar Sehingga 30% Lebih Murah

Harga barang dapur antara perkara yang sering menjadi perhatian ramai, terutama bagi keluarga yang menyediakan…

3 days ago