sambal nyet

Semua mengetahui Sambal Nyet merupakan produk jenama makanan milik pempengaruh terkenal iaitu Khairul Aming semakin terkenal dan sampai sekarang pun, sambal tersebut masih lagi laku keras di Shopee.

Walau bagaimanapun, Khairul Aming baru-baru ini meluahkan rasa stresnya dengan perkhidmatan syarikat kurier J&T apabila Sambal Nyet yang dipos kepada pelanggannya pecah.

Artikel berkaitan: Khairul Aming Beri Penjelasan Ekoran Pembungkusan Sambal Nyet ‘Leaking’

Artikel berkaitan: Netizen Pertikai ‘Isu Halal’ Selepas Khairulaming Kongsi Video Makan Croissant Di Paris

Khairul Aming telah berkata sedemikian menerusi Twitter di mana dia selaku pemilik perniagaan berasa stres dengan servis J&T kerana botol sambal yang telah dibalut setebal yang mungkin tetap pecah.

Twitter Khairul Aming

Dalam ciapan tersebut, Khairul Aming turut mendedahkan bahawa perkhidmatan Pos Laju pula bagus kerana mereka mengendalikan bungkusan sambal dengan baik.

Jika ada isu sekali pun, pihak Pos Laju juga akan bertanggungjawab manakala dengan J&T pula, dah banyak kali botol sambalnya pecah apabila dipos dengan servis tersebut.

Difahamkan, bisnes Sambal Nyet Khairul Aming menggunakan kedua-dua servis kurier tersebut kerana ia telah ditetapkan oleh platform Shopee.

Di ruangan komen, rata-rata netizen di Twitter berkongsi pengalaman sama dihadapi Khairul Aming selain ada yang pernah membuat aduan, namun tidak berpuas hati dengan penyelesaian diberikan.

“Barang saya masih belum diterima dan apabila membuat aduan, pihak kurier menyuruh saya membuat tuntutan saja. Padahal, saya mahukan barang tersebut,” ciap seorang pengguna @saiana210487.

“Kita desak supaya semua platform dalam talian memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih kurier,” ciap @miqdamrashid pula.

Hantaran itu meraih 3.4M jumlah tontonan dan 15.7k tanda suka setakat ini.

Sumber: Kosmo!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN